Raiola: Aku Masih Hidup La

Sebentar tadi telah tersebar laporan menyatakan bahawa Mino Riaola telah meninggal dunia. Namun berita itu disangkal oleh keluarganya dan juga doktor yang merawatnya.

Beberapa outlet media termasuk Tancredi Palmieri yang merupakan wartawan Gazzeta Dello Sports.

Tancredi meminta maaf dan memadam tweet beliau sebelum ini. Lalu mengumumkan dia akan berehat dari Twitter buat sementara waktu.

Beliau menafikan dia melaporkan perkara itu kerana mahu menjadi juara terawal pecahkan berita tetapi dia memuat naik tweet atas sumber dia percayai dan atas urusan kerja. Sekali kena scam. Dengan aku sekali kena scam.

Dr. Alberto Zangrillo dari Hospital San Raaffael tampil membidas wartawan. Dia berkata kepada outlet berita Ansa:

“Saya sangat terkejut dengan panggilan daripada pseudo-kewartawanan yang membuat spekulasi tentang nyawa manusia yang sedang bertarung untuk terus hidup.”

Seterusnya keluarga Raiola juga sangat kecewa dengan laporan yang menyebut bahawa Raiola sudah meninggal dunia.

Beberapa minit lalu Mino Raiola sendiri memuat naik tweet berbunyi.

“Keadaan kesihatan saya untuk mereka yang mahu tahu: bengang buat kali dalam 4 bulan mereka [wartawan] membunuh saya. Nampak seperti berjaya menghidupkan semula orang yang dah mati.”

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di