Raiola Hampir Pastikan Donnarumma Ke Juventus Dengan Gaji Kurang €8 juta Semusim, Seterusnya Pogba

Penjaga gol Itali, Gianluigi Donnarumma dilaporkan hamir pasti milik Juventus. Football Italia melaporkan bahawa pemain itu sanggup menerima gaji kurang daripada €8 juta semusim.

Sebelum ini Donnarumma menolak beberapa tawaran AC Milan kerana mahukan €8 juta. Namun selepas itu AC Milan dilaporkan sedia menawarkan €8 juta semusim kepada Donnarumma, pemain itu pula meminta €10 juta semusim.

Drama tarik tali itu seolah olah menemui penghujung apabila Milan mendapatkan penjaga gol Lille, Mike Maignan dengan nilai perpindahan €13 juta dengan €2 juta lagi bonus tambahan yang akan dibayar pada masa akan datang.

Donnarumma akan tamat kontrak secara rasmi dalam masa beberapa minggu lagi. Namun beliau bebas berbincang dengan mana mana kelab selaku ejen bebas.

Beberapa kelab dikaitkan dengan Donnarumma. Namun pemain itu kembali membangkitkan semula minatnya bergabung dengan Juventus.

Beberapa musim yang lalu, Donnarumma pernah berbincang dengan Juventus untuk berpindah ke sana. Namun akhirnya penjaga gol itu kekal di AC Milan.

Selain daripada Juventus, kelab lain seperti Barcelona dan juga PSG juga berminat mendapatkan Donnarumma.

Tetapi laporan oleh Football Italia menyebut bahawa Donnarumma paling hampir ke Juventus dan sanggup menerima gaji €6 juta semusim, angka yang sama beliau dapat di AC Milan ketika ini.

Juventus akan cuba mencari jalan untuk menyelesaikan situasi Wojciech Szczesny. Pemain itu pastinya harus menerima hakikat bahawa kehadiran Donnarumma pastinya bukan untuk menjadi nombor 2 di Juventus bagi posisi penjaga gol.

Wojciech Szczesny mungkin akan dijual ke kelab lain jika beliau tidak boleh menerima dirinya sebagai penjaga gol kedua di belakang Donnarumma.

Selain daripada Donnarumma, Raiola turut berusaha untuk membawa pulang Paul Pogba ke Juventus.

Raiola sedang berusaha sedaya upaya meminta Man United membayar Pogba dengan gaji GBP500,000 seminggu. Dan pada masa yang sama, dilaporkan sudah berunding dengan pengarah sukan Juventus, Pavel Nedved.

Sebagai rekod, Nedved merupakan antara bekas pemain yang pernah bernaung di bawah agensi Raiola.

 

Baca yang lain