Raiola Mahu RM198 Juta Bayaran Ejen Untuk Perpindahan Haaland

Mino Raiola dilaporkan mahu kelab membayarnya €40 juta ataupun sekitar RM198 juta untuk perpindahan penyerang sensasi Norway, Erling Haaland. Sebelum ini Raiola memecahkan rekod bayaran agensi tertinggi ketik perpindahan Pogba ke United dengan €28 juta masuk ke akaunnya.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Juventus. Laporan sebelum ini menyebut Raiola mendapat €24 juta.

Baru sahaja dapat durian runtuh

Beberapa minggu lalu, laporan menyatakan bahawa Raiola mendapat €20 juta daripada perpindahan Gianluigi Donnarumma ke PSG secara percuma.

Juara Eropah itu rasminya meninggalkan AC Milan selepas kontraknya berakhir. Donnarumma sebelum ini menjadi pemain yang diintai kelab seperti Barcelona, telah memutuskan untuk ke Ligue 1.

Bayaran agensi adalah bayaran mutlak milik ejen sebagai ganjaran mereka memudahkan urusan jual beli pemain ke sesebuah kelab.

Erling Haaland menjadi pemain yang dipantau dan diburu oleh banyak kelab di dunia terutama sekali Chelsea, Manchester City dan Real Madrid.

Walaupun Raiola sebelum ini menyatakan bahawa pemain itu masih mahu kekal di Borussia Dortmund kerana hubungan baik dengan semua pihak di sana termasuk penyokong.

Namun Raiola tetap menegaskan bahawa mereka sentiasa terbuka dengan sebarang kemungkinan.

Sky Sports menyatakan bahawa Raiola mahukan €40 juta sebagai bayaran agensi untuk Haaland kerana pemain itu mendapat perhatian daripada banyak kelab besar. Selain daripada Borussia Dortmund yang enggan menjual pemain tersebut – terutamanya selepas mereka menjual Jadon Sancho ke Man United.

Chelsea adalah pasukan yang sudah memulakan langkah mahu mendapatkan khidmat Haaland walaupun belum ada bidaan rasmi dilakukan ke atas pemain itu.

Borussia Dortmund perlu memutuskan sama ada mereka mahu menjual pemain itu atau tudak pada jendela perpindahan kali ini. Hal ini kerana, jika tidak dijual pada kali ini, Haaland akan memasuki tahun kontrak yang memiliki klausa pelepasan hanya €75 juta pada tahun 2022.

Borussia Dortmund meletakkan tanda harga €175 juta untuk Haaland sebagai tanda harga pemain bukan untuk dijual.

Bayangkan jika benar Chelsea atau mana mana kelab menuruti tanda harga itu dan menuruti permintaan Raiola, jumlah perpindahan Haaland boleh mencecah €215 juta. Sebelum ini Neymar ke PSG dengan rekod perpindahan dunia, selepas PSG membayar klausa pelepasan €222 juta pada kontrak pemain itu.

Dan jika bayaran tersebut benar benar Raiola dapat bermakna daripada 3 perpindahan sahaja, melibatkan Donnarumma, Pogba dan Haaland, Raiola sudah mencekau €88 juta ataupun RM435 juta.

Baca yang lain

Sancho Tak Mahu Pulang Ke United

Koresponden Patrick Berger mendedahkan bahawa Jadon Sancho sudah tak ada hati untuk bermain untuk Manchester United lagi. Pemain itu tidak mahu kembali