Raiola Sedia Supply Pogba, Haaland, De Ligt, Insigne Ke Real Madrid

Bola sepak di Eropah kini sedang berehat sementara. Namun tidak bagi Raiola. Beliau sedang sibuk memikirkan soal kontrak dan masa depan beberapa pemainnya.

Standard UK melaporkan bahawa Mino Raiola mungkin akan menjadi individu penting dalam pembentukan semula Real Madrid musim hadapan.

Real Madrid sudah menyediakan wang besar kepada Zidane sekali lagi. Sebelum ini Zidane sudah diberikan wang yang banyak untuk mendapatkan pemain seperti Hazard, Jovic dan Ferland Mendy.

Namun impak Ferland Mendy sahaja yang menjadi. Hazard dan Jovic terus bergelut dengan prestasi dan kecergasan.

Raiola bukanlah ejen yang digemari oleh Florentino Perez. Namun beliau kini memiliki ramai pemain yang dikehendaki oleh Zinedine Zidane.

Malah Raiola sudah menyatakan bahawa beliau sedia untuk membawa pemain ke Real Madrid untuk musim hadapan.

Raiola berkata: “Saya memang nak membawa beberapa pemain handalan ke Real Madrid, dan saya akan melaukannya musim panas ini.”

Berikut adalah beberapa pemain Raiola yang dikehendaki oleh Real Madrid.

1. Paul Pogba

Pemain ini sudah lama dalam radar Real Madrid. Raiola sudah tak sehaluan dengan Man United dan sudah terbuka menyatakan akan membantu Paul Pogba keluar dari Old Trafford.

Pogba dikatakan hanya akan kekal jika kelab menjadikan beliau pemain paling tinggi gaji di United.

Pogba dilihat pemain yang ideal dengan Real Madrid ketika ini. Dengan pemain seperti Toni Kroos dan Modric yang sudah berada di fasa akhir karier mereka.

Modric yang akan berusia 35 tahun pada September nanti dijangka akan berpindah ke kelab lain. Inter Milan masih destinasi idaman beliau.

United mahukan lebih €150 juta untuk Paul Pogba.

2. Erling Haaland

Mesti korang pelik kan, kenapa Real Madrid sebelum ni tak nak beli Haaland? Situasi dia adalah kerana mereka sudah membeli Luka Jovic dan pada masa yang sama sudah ada Karim Benzema.

Seperti yang ditulis di atas, Florentino Perez bukannya penggemar kepada Raiola. Namun kali ini mereka mungkin akan bertindak cuba untuk mendpatkan Haaland yang meneruskan kecemerlangannya bersama Dortmund.

Ia juga memberijan isyarat bahawa, Luka Jovic mungkin  akan dilepaskan pada musim hadapan.

Menurut laporan sebelum ini, Luka Jovic ada klausa pelepasan €75 juta sahaja. Klausa ini yang membuatkan United enggan mendapatkan Haaland sebelum ini. Bagi mereka klausa ini terlalu mampu milik.

3. Lorenzo Insigne

Beliau sudah menjadi penyerang lengkap dalam beberapa musim ini. Terima kasih kepada Maurizio Sarri dahulu yang membentuknya menjadi complete forward.

Insigne boleh bermain di kesemua posisi di barisan serangan termasuk false no.9.

Pemain yang laju, berskil dan juga memiliki rekod jaringan yang luar biasa. 4 musim berturut-turut beliau menjaringkan 20 gol semusim.

Berdasarkan keperluan, mungkin Insigne bukan keperluan untuk Real Madrid kerana lambakan winger yang mereka ada.

Namun jika mereka memutuskan untuk melepaskan beberapa pemain seperti Bale dan Lucas Vasquez, perpindahan ini dikatakan di dalam pertimbangan.

Bale tu mungkin la kan. Vasquez? Boleh ke Zidane hidup tanpa Vasquez? Tanya seorang penyokong Real Madrid di Twitter.

4. Matthijs de Ligt

Real Madrid sudah lama mengintai Matthijs De Light. Oleh kerana beliau pemain Raiola, maka sebelum ini Real Madrid tak begitu berkenan nak membincangkan soal pemain ini.

Walaupun baru semusim di Juventus, beliau memiliki klausa pelepasa €150 juta. Nampak agak mahal untuk Real Madrid mendapatkan beliau juga sudah mendapatkan pemain seperti Pogba.

Namun pada hari ini, banyak kelab menggunakan terma pinjaman / loan / ansuran untuk memastikan mereka mendapat pemain yang mereka mahukan.

3 lagi pemain

Itu merupakan 4 pemain yang berada di dalam radar Real Madrid untuk dibawa masuk. Namun Raiola juga memiliki 3 lagi pemain yang dilihat boleh menjadi alternatif.

Pertamanya, Alessio Romagnoli yang ketika ini bermain untuk AC Milan. Salah seorang bek tengah terbaik di liga utama Eropah. Namun pasukannya terus bergelut.

Rasanya, pemain ini sangat realistik untuk dibida. Ini kerana jika Milan gagal ke UCL musim hadapan mereka akan perlu untuk mengurangkan kos pasukan sekali lagi.

Sebelum ini mereka sudah menjual dan mengeluarkan beberapa pemain gaji tinggi. Beliau baru berusia 25 tahun.

Gianluigi Donnarumma juga pemain yang menjadi sebutan sebelum ini dikaitkan dengan Real Madrid.

Namun prestasi semasa Courtois yang meningkat semula musim ini membuatkan Real Madrid mungkin tak akan menumpukan penjaga gol untuk dibawa masuk.

Marco Verratti juga merupakan pemain yang boleh dijadikan sasaran oleh Real Madrid jika mereka gagal membawa masuk Pogba.

Baca yang lain