Rangnick: Martial Tak Mahu Bermain Untuk Kami Lagi

Ralf Rangnick menjawab persoalan tentang Anthony Martial yang tidak terlibat dalam aksi menentang Aston Villa.

Di mana pemain itu langsung tidak berada dalam rombongan Man United ke Villa Park.

Man United melepaskan pendahuluan 2 gol di Villa Park dal diikat pada lewat babak kedua oleh Aston Villa.

Wartawan bertanya tentang status Anthony Martial yang tidak berada dalam pasukan.

Rangnick sebelum ini sudah menyatakan bahawa Anthony Martial sudah memberitahunya secara peribadi bahawa dia mahu keluar dari Man United.

Pada masa yang sama Rangnick menegaskan bahawa, selagi lagi tiada kelab pembeli maka Martial akan kekal sebagai pemain United sama seperti pemain lain.

Rangnick menjelaskan bahawa, walaupun United setuju untuk menjual Martial, namun United mahukan harga sepatutnya untuk pemain itu. Jadi, kelab yang mahukan Martial perlu menyediakan harga yang cukup seperti diminta Man United.

Rangnick berkata: “Anthony Martial tidak mahu berada dalam skuad ini lagi. Dia sepatutnya berada dalam skuad seperti biasa namun dia tak kamu. Sebab itu dia tidak ada dalam kunjungan kami kali ini.”

Rangnick membayangkan bahawa Martial mungkin akan pergi secara pinjaman. Namun dasar kelab untuk Martial tidak akan sama seperti Sanchez di mana kelab membayar sebahagian gajinya.

Sebaliknya kelab peminjam perlu membayar yuran pinjaman baki musim ini serta membayar gaji Martial sepenuhnya. Martial merupakan penerima gaji ketujuh termahal di United dengan £250,000 seminggu.

Namun kenyataan Rangnick itu disangkal oleh Martial. Di mana adik pemain Pahang itu menegaskan bahawa dia tak pernah menolak untuk beraksi. Martial kekal profesional.

“Aku tak pernah menolak untuk bermain untuk Manchester United. Aku dah berada di sini tujuh tahun. Dan aku tak akan sesekali tidak menghormati kelab ini dan penyokong.”

Baca yang lain

Sancho Tak Mahu Pulang Ke United

Koresponden Patrick Berger mendedahkan bahawa Jadon Sancho sudah tak ada hati untuk bermain untuk Manchester United lagi. Pemain itu tidak mahu kembali