Rangnick Tak Gembira: “Kami Bernasib Baik Seri Kerana Tak Keras, Tak Agresif, Tak Press Dengan Betul”

Ralf Rangnick nampaknya sangat tidak berpuas hati pasukannya gagal menewaskan Newcastle United di St James Park, dan keciciran mata sekali lagi.

Aksi di Newcastle berakhir dengan seri 1-1. United turun pertama kali selepas perlawanan mereka sebelum ini ditunda kerana adanya jangkitan wabak di kalangan pemain dan staf mereka.

Manchester United sepatutnya menang dengan mnudah dalam aksi berdepan pasukan di zon penyingkiran. Tetapi mereka sekali lagi kepayahan di hadapan gol.

Bos Manchester United malah tidak berselindung menyatakan bahawa, satu satunya perkara terbaik untuk Man United malam tadi adalah, bernasib baik kerana tidak kalah dan mampu membawa pulang 1 mata.

Bercakap kepada wartawan selepas tamat perlawanan, Rangnick berkata: “Saya tidak suka sama sekali dengan persembahan kami. Jika kamu mahu menjadi pasukan yang kompetitif, kamu harus lebih fizikal dan ini tidak berlaku dalam sebahagian besar dalam perlawanan ini.”

Newcastle pula agak tumpul di hadapan gol ditambah dengan kecmerlangan De Gea melakukan saves yang luar biasa membuatkan Newcastle harus menyalahkan diri sendiri kerana tidak mendapat 3 mata daripada aksi yang mereka boleh mendapatkannya.

Jika menang, pastinya Newcastle akan mendapat keyakinan yang lebih tinggi selepas ini. Malangnya, mereka juga bergelut dengan ketajaman sama seperti Manchester United.

Gol penyamaan United hanya hadir pada minit ke-71 menerusi Edinson Cavani.

Rangnick kemudian menambah: “Saya tak sukakannya. Kami gagal mengawal perlawanan hari ini. Perlawanan ini menuntut tenaga, fizikaliti dan siapa yang lebih bagus dalam memenangi bola kedua. Kami gagal memenangi aspek aspek tersebut.”

“Benda yang bagus adalah kami berjaya membawa pulang satu mata dan prestasi kami harus lebih baik selepas ini.”

“Ketika kami dalam penguasaan bola, kami melepaskan bola terlalu banyak malah memberikan lawan gol, itu menyukarkan kami.”

“Hari ini bukan soal bahasa tubuh, tetapi soal kekuatan fizikal.”

“Jika kamu mahu menjadi pasukan yang kompetitif, kamu harus lebih fizikal dan ini tidak berlaku dalam sebahagian besar dalam perlawanan ini.”

“Masalah terbesar kami hari ini adalah kesilapan kesilapan yang kami buat. Bahkan, selepas menyamakan kedudukan, kami masih gagal untuk betul betul mengawal perlawanan serta membuat keputusan yang semberono.”

“Ketika 1 gol di belakang, kami harus mengambil lebih banyak risiko. Dalam beberapa situasi, termasuk gol itu, kami agak bagus, begitu juga ketika meletakkan Edinson sebagai seorang lagi penyerang utama yang bahaya.”

Rangnick menafikan bahawa pasukannya bergelut dengan formasi 4-2-2-2 yang digunakan mereka. Sebaliknya isu mereka lebih kepada isu fizikaliti dan pressing mereka di atas padang yang tak cukup keras dan agresif.

“Hari ini bukan isu dengan formasi, tetapi lebih kepada persoalan sejauh mana kita boleh bermain agresif.”

“Dalam 3 hari lagi ada satu lagi perlawanan, kami boleh melakukan lebih baik dan harus melakukan lebih baik.”

“Kami tak perlu mencari alasan – kerana kami perlu beraksi lebih baik dan lebih keras.”

“Saya tak gembira dengan prestasi kami ketika ada bola ataupun ketika kami harus melakukan pressing.”

“Apa jenis mode tenaga yang kami mahu gunakan ketika bola di kaki atau ketika tanpa bola.”

Keputusan seri ini membuatkan Man United kekal di tangga ketujuh dalam carta liga. Sementara pasukan Newcastle United bimbingan Eddie Howe masih bergelut dengan zon penyingkiran dengan kekal di tangga ke-19.

United akan berdepan dengan Burnley dalam aksi 31 Disember akan datang.

Baca yang lain