Rara Dilantik Kerajaan Indonesia Jadi Pawang Hujan Membantu Mengawal Cuaca Dan Suhu Litar Mandalika

Pawang hujan merupakan antara pihak yang diberikan peranan di belakang tabir yang membantu melancarkan perlumbaan MotoGP Indonesia 2022 di Litar Mandalika, Lombok Tengah, Nusa Tenggara Barat (NTB).

Rara Istiani Wulandari, anggota pasukan pawang hujan Litar Mandalika yang kali ini ditugaskan untuk ‘mengubah suai’ cuaca tersebut mengikut ritual.

“Saya merupakan pasukan pembaca mentera pengendali hujan yang disyorkan oleh En Erick Thohir (Menteri BUMN) dan sering mengawasi acara Presiden Jokowi dan acara negeri lain, bersama-sama pasukan ITDC dan Pak Hadi Tjahjanto selaku penyelaras lapangan untuk mengubah suai cuaca dengan kuasa doa,” kata Rara Istiani, dipetik dari Kompas.com.

Indonesia merupakan salah sebuah negara yang menerima taburan hujan tinggi serta cuaca panas. Jadi tugasan Rara adalah membantu mengawal cuaca tersebut berdasarkan keperluan terutama sekali cuba mengawal hujan daripada turun pada hari perlumbaan.

Dia juga pernah diminta memanggil hujan untuk menyejukkan litar.

Pawang hujan lantikan kerajaan

Tugas Rara sebagai pengendali hujan untuk Litar Mandalika adalah menghalang cuaca yang tidak diingini.

“Semalam (Khamis) asfalt dikira panas sedikit. Suhu mencecah 60 darjah Celsius. Di sini, saya diminta menurunkan suhu supaya lembap dan sejuk dengan sedikit hujan,” sambungnya.

Menurutnya, pelumba MotoGP luar negara sudah biasa dengan suhu sejuk di negara mereka. Walaubagaimanapun, Indonesia adalah negara tropika jadi pengurangan suhu adalah perlu.

“Kami di Indonesia sudah biasa dengan (iklim) tropika, tetapi pelumba dari luar negara minta yang sejuk. Saya minta sokongan semua untuk berjalan dengan baik,” sambung Rara.

Rara mempunyai akses ke semua jalan di gelanggang 1 litar.  Pasukan pawang hujan litar Mandalika mempunyai khemah khas yang terletak di bahagian utara litar, berhampiran pintu masuk utama yang diberi jolokan ‘Green Gate’.

“Ia mesti dimulakan dengan mentera dan jampi. Kalau perlu (panggil panas) kiub ais cair, yang ini (panggil sejuk) kiub ais pun dah lama tak cair,” katanya.

Kali ini, Rara berharap cuaca bagi perlumbaan MotoGP yang berada pada siri kedua yang diadakan pada Ahad ini dapat menjadi sejuk dan tidak terlalu panas.

“Sejak pagi tadi tidak cair. Itulah kekuatan jampi serapah, kearifan tempatan, orang Indonesia zaman dahulu juga terkenal dengan kuasa ghaib rakyatnya dan saya menggunakan kurniaan ini untuk membantu majlis itu,” kata Rara.

Dia mendakwa telah mengambil bahagian dalam ‘mengawasi’ Litar Mandalika dari jauh sejak ujian pramusim pada 1 Mac 2022. Pada 9-11 Mac misalnya, Rara mengaku diminta segera membawa hujan bagi membantu menyejukkan trek yang baru diturap semula.

Sudah tentu ramai yang tidak percaya dengan pawang hujan, Rara sedar perkara ini. Namun, bagi Rara, apa yang dilakukannya adalah satu usaha dan juga niat yang baik.

Sebelum ini dia juga pernah diminta menjelaskan kenapa dia gagal mengawal hujan sehinggakan acara di litar Mandalika terpaksa dibatalkan. Korang dengar la sendiri dia cakap kat sini.

 

Rara terus mendapat kepercayaan daripada penyelia litar Mandalika. Arief Rasyad berkata:

“Kearifan lokal yang mungkin tidak ditemui di negara lain selain di Indonesia, atau mungkin di Malaysia iaitu pawang hujang (rain handler). Bersemangat kak Rara.”

Apa yang pasti mbak Rara adalah satu satunya pawang hujan ataupun pegawai pegawal hujan yang bertugas di litar ketika ini. Di negara lain jawatan ini tak ada lagi rasanya. Menagis puak puak HAARP kalau tahu benda ni.

 

Baca yang lain

Penyokong Sociedad Ejek Greenwood

Mason Greenwood sekali lagi menjadi serangan lisan berbaur hinaan ke atasnya. Penyokong pelawat, penyokong Real Sociedad telah berkali kali melaungkan Greenwood pergi