Rare! Ozil Bermain Bek Kiri, Fenerbahce Tersingkir Dari Piala Turki

Mesut Ozil sekali lagi turun beraksi untuk Fenerbahce dalam perlawanan menentang Istanbul Basaksehir di suku akhir Piala Turki pada aksi sebelah Rabu.

Dan kali ini Ozil merasai pengalaman bermain sebagai bek kiri buat pertama kali dalam sejarah hariernya.

Bukanlah sesuatu yang menghairankan melihat pemain ditukar peranan terutama sekali ketika ada pemain dibuang padang.

Di Arsenal, Mesut Ozil beberapa kali juga merasa beraksi 10 pemain. Namun beliau tidak pernah diarahkan bermain sebagai bek kiri.

Peminat peminat Arsenal seolah olah tak percaya dengan apa yang mereka lihat ataupun baca. Ada yang geli hati mendengarnya.

Ramai yang mengusik Mesut Ozil di media sosial kerana perkara itu agak rare bagi mereka.

 

Fenerbahce tewas di tangan Istanbul Basaksehir dengan skor 1-2.

Basaksehir mendahului pada minit ke-42 menerusi Junior Fernandes, berpunca daripada satu serangan balas.

Fenerbahce dikurangkan kepada 10 pemain selepas VAR mendapat Mauricio Lemos melakukan kesalahan kad merah. Pengadil melayangkan kad merah tersebut pada minit ke-45.

Bermakna, ada seseorang harus ‘dikorbankan’ untuk pasukan. Ozil antara yang terpaksa berkorban dari segi posisi.

Namun Fenerbahce tetap berjaya menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua menerusi Enner Valencia pada minit ke-72.

Ketika lewat aksi masa kecederaan sebbelum tamat, Fredrik Gulbrandsen dengan bijak melihat penjaga gawang Fenerbahce terlalu jauh, jadi dia melepaskan lambungan yang terus masuk ke gawang.

Dengan kekalahan ini, Fenerbahce rasminya tersingkir dari Piala Turki.

 

Pada perlawanan sebelum ini, Ozil juga turut turun beraksi, ketika Fenerbahce menentang Galatasaray dalam dalam Intercontinental Derby “atau” Kitararalasi Derby “.

Dalam perlawanan menentang tersebut, Oezil masuk dengan baki 27 minit ketika pasukannya ketinggalan 0-1.

Ozil berjaya melakukan aksi yang mengagumkan dengan membuat 19 sentuhan, melengkapkan 14 dari 15 hantaran, melepaskan satu percubaan.

Namun, prestasi menakjubkan Ozil masih belum cukup untuk mengelakkan pasukannya kalah.

Pastinya Ozil mengharapkan pasukannya akan bangkit selepas ini. Ozil datang ke Fenerbahce secara ejen bebas selepas setuju menamatkan kontrak atas persetujuan bersama dengan Arsenal.

Ozil dianggap salah seorang playmaker terbaik dalam generasinya. Dan beliau dikenali dengan kreativiti dan visi yang luar biasa di atas padang.

Baca yang lain

Penyokong Sociedad Ejek Greenwood

Mason Greenwood sekali lagi menjadi serangan lisan berbaur hinaan ke atasnya. Penyokong pelawat, penyokong Real Sociedad telah berkali kali melaungkan Greenwood pergi