RASMI: Casemiro Sertai Man United Dengan Harga €70 Juta Gaji €415k Seminggu

Manchester United telah bersetuju sepenuhnya untuk menandatangani Casemiro dari Real Madrid, dan perkara itu diumumkan secara rasmi oleh Manchester United pada kira kira 3.10 pagi waktu Malaysia.

The Red Devils mengesahkan pembelian pemain tengah bertahan itu, yang mempunyai 41 gol kerjaya senior yang mengagumkan walaupun bermain di posisi yang jauh lebih ke belakang di bahagian tengah.

Ini menjadikan Casemiro sebagai pembelian atau penandatanganan keempat Manchester United dalam musim panas kali ini.

Walaupun kekecewaan menyelubungi sebahagian besar perniagaan perpindahan musim panas The Red Devils, namun kali ini mereka berjaya menyelesaikan perjanjian ini dengan pantas.

Pemain Brazil berusia 30 tahun itu telah menerima tawaran yang sangat lumayan daripada United yang akan meletakkannya di antara pemain menerina pendapatan tertinggi di kelab yang berpangkalan di Old Trafford itu, walaupun tidaklah sebesar gaji Ronaldo.

Casemiro dilaporkan menerima gaji yang sama dengan De Gea iaitu €415 ribu seminggu (GBP350 ribu seminggu).

Casemiro mendapat kontrak empat tahun dengan pilihan untuk melanjutkannya selama setahun lagi, bermakna dia boleh kekal di Manchester sehingga 2027.

Kelab gergasi Manchester itu tidak lari daripada mengeluarkan wang yang banyak untuk mendapatkan khidmat pemain tengah bertahan itu, yang sering dilabel antara pemain tengah defensif terbaik di dunia.

Selain daripada gaji mewahnya, Red Devils juga membayar yuran keseluruhan sekitar €70 juta untuk mendapatkan pemenang 5 UCL bersama Real Madrid itu.

Dia akan menjadi pembelian termahal mereka di bawah Erik ten Hag, selepas mereka membelanjakan €55 juta juta untuk membawa masuk Lisandro Martinez dari Ajax.

United juga telah menandatangani bek kiri Belanda Tyrell Malacia dari Feyenoord untuk mengukuhkan posisi itu, sambil turut membawa masuk Christian Eriksen dengan perpindahan percuma.

Tetapi menandatangani Casemiro mungkin akan menjadi yang paling penting untuk bos baharu itu. United sudah lama mengidamkan pemain tengah defensif yang berkualiti. Casemiro dikenali dengan kepakarannya untuk melindungi barisan pertahanan di belakangnya.

Pemain berusia 30 tahun itu juga akan membawa kualiti kepimpinan dan pengalaman bersamanya. Semasa bersama Real Madrid, Casemiro menikmati jumlah kejayaan yang luar biasa – memenangi tiga gelaran La Liga, lima trofi Liga Juara-Juara dan beberapa Piala Dunia Kelab FIFA.

Manchester United kemudian masih berharap untuk mendapatkan Frenkie De Jong. Dan seterusnya mereka dilaporkan membuat bidaan untuk Antony, semalam, tetapi ditolak oleh Ajax.

Man United dijangka akan memberikan tawaran baharu untuk pemain itu.

Baca yang lain