RASMI: Karius Kembali Ke Liverpool

Loris Karius sah akan kembali semula ke Liverpool selepas memutuskan untuk menamatkan kontrak dengan Besiktas.

Karius nekad berbuat begitu selepas tunggakan gajinya masih belum dibayar oleh kelab Turki tersebut.

Karius kecewa kerana kebajikannya terabai dan lembaga pengarah kelab langsung tidak berusaha menyelesaikan kemelut yang melanda.

Karius mengucapkan selamat tinggal dan ucapan terima kasih kepada para penyokong, rakan sepasukan dan jurulatih beliau di Besiktas.

“Agak memalukan apabila semuanya terpaksa berakhir seperti ini. Namun anda semua harus tahu bahawa saya telah cuba segalanya untuk menyelesaikan masalah ini. Saya sangat sabar dalam masa beberapa bulan ini.”

“Saya memberitahu lembaga pengarah kelab beberapa kali dan terus memberitahu mereka. Tahun lalu pun saya buat benda yang sama.”

“Malang sekali mereka langsung tak berusaha menyelesaikan masalah ini. Malah mereka tidak mahu mendengar cadangan saya untuk meminta bayaran gaji dengan rela menerima pemotongan gaji.”

Karius menyatakan beliau seronok sepanjang berada di kelab Turki itu.

“Penting bagi saya bahawa memberitahu agar anda tahu bahawa saya sangat seronok bermain di kelab ini. Besiktas boleh berbangga kerana penyokong yang bersemangat di belakang mereka danselalu memberikan sokongan yang luar biasa.”

“Anda selalu menyokong saya dalam masa yang baik dan buruk dan saya akan selalu ingat anda semua dengan cara yang terbaik yang saya mampu!”

“Juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan sepasukan saya, staf pelatih termasuk semua orang yang bekerja untuk kelab. Anda menyambut saya dengan tangan terbuka sejak hari pertama.”

Loris Karius merupakan penjaga gol yang dilepaskan oleh Liverpool selepas kegagalan mereka di final UCL 2018/19 dengan Karius melakukan 2 goalkeeping error pada ketika itu.

Karius menjadi penjaga gol yang kerap membuat kesilapan di atas padang membuatkan beliau sukar untuk menempatkan diri di dalam pasukan Liverpool.

Selepas melepaskan beliau, Liverpool mendapatkan Alisson Becker dari AS Roma. Penjaga gol yang kini merupakan penjaga gol terbaik di dunia.

Alisson membantu Liverpool menjuarai Liga Juara Juara Eropah pada musim lalu.

Kepulangan semula Karius ke Liverpool bermakna beliau harus bersaing dengan Alisson, Adrian dan Kelleher. Berdasarkan prestasi beliau di Besiktas, agak sukar untuk Karius menempatkan diri.

Karius masih ada kontrak bersama dengan Liverpool sehingga 2022.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di