RASMI: Koeman Dipecat Selepas Kalah 2 Kali Dalam 4 Hari, Xavi Dalam Radar Barca

Ronald Koeman akhirnya sah dipecat oleh Barcelona. Ini gara gara Barcelona mengalami satu lagi kekalahan dalam aksi La Liga.

Kali ini di tangan pasukan yang menjadi lubuk mata mereka dalam beberapa musim kebelakangan ini, Rayo Vallecano.

Sebelum aksi hari ini, Barcelona menang 13 kali berturut turut dalam 13 perlawanan liga terakhir berdepan dengan Rayo dengan rekod purata gol 4.3 gol per perlawanan.

Selepas kekalahan di tempat sendiri dalam aksi el clasico, maka Barcelona dan Koeman mengintai peluang untuk bangkit daripada perlawanan yang dianggap sentiasa memberikan 3 mata kepada mereka.

Tetapi, sekali lagi mereka kalah. Jaringan tunggal Radamel Falcao pada separuh masa pertama sudah cukup untuk Rayo menamatkan rekod cemerlang Barca ke atas mereka.

Lebih menghampakan apabila Memphis Depay gagal menyempurnakan penalti pada separuh masa kedua.

Barcelona menelan kekalahan ketiga dalam la Liga musim ini. Ini berikutan prestasi kurang menentu dalam kempen eropah mereka juga.

Jadi, harga yang terlalu mahal untuk ditanggung Koeman apabila kalah lagi, selepas kekalahan el clasico.

Barcelona dalam kenyataannya berkata:

FC Barcelona telah melepaskan Ronald Koeman daripada tugasannya sebagai jurulatih pasukan utama. Presiden kelab, Joan Laporta, memaklumkan keputusan itu kepada beliau selepas kekalahan menentang Rayo Vallecano. Ronald Koeman akan mengucapkan selamat tinggal kepada skuad pada hari Khamis di Ciutat Esportiva.

FC Barcelona ingin mengucapkan terima kasih atas khidmatnya kepada Kelab dan mendoakan yang terbaik dalam kerjaya profesionalnya.

Koeman merupakan pemain legenda Barcelona. Itu antara sebab kenapa beliau dilantik oleh Barca. Malangnya segalanya serba tak menjadi buat bekas pengurus Everton itu.

Sebelum ini Koeman menyatakan bahawa beliau mendapat sokongan daripada kelab sepenuhnya dan memberitahu bahawa, tanpa beliau, Barcelona akan menjadi lebih teruk.

Joan Laporta sendiri kemudian memberitahu bahawa Koeman akan terus kekal bersama mereka. Tetapi ianya tidak dapat menjadi seperti yang dirancang.

Pencarian pengurus Barcelona yang baru akan bermula serta merta. Beberapa calon sebelum ini dikaitkan dengan Barca termasuk legenda kelab Barca iaitu Xavi Hernandez.

Xavi kini menguruskan Al Sadd dicanang sebagai pengurus yang sangat sesuai dalam usaha Barca memperkasakan semula DNA bola sepak mereka.

Ronald Koeman sebelum ini menyertai Barca dari skuad kebangsaan Belanda. Namun sejak menyertai bekas kelabnya itu, Koeman seringkali dikritik.

Antaranya adalah tindakannya menyingkirkan beberapa pemain senior termasuk legenda kelab, Luis Suarez hanya melalui telefon.

Kisah Koeman singkir Suarez

Sebelum ini media melaporkan bahawa, pada hari pertama Ronald Koeman dilantik menjadi pengurus Barcelona, beliau terus menyenaraikan beberapa nama yang tidak dimahukannya.

Daripada nama nama tersebut adalah legenda kelab mereka Luis Suarez. Pemain datang dan pergi itu sangat biasa. Namun cara Koeman melayan Luis Suarez dengan hanya membuat panggilan telefon untuk memberitahu bahawa Suarez tidak diperlukan lagi.

Ianya adalah sangat mengguris hati Suarez dan segelintir peminat Barca sendiri yang menganggap Suarez seharusnya dilayan lebih baik daripada itu.

Lionel Messi sendiri dilaporkan tidak suka dengan cara tersebut. Dan Messi bertemu dengan Suarez selepas berita tersebut.

Messi berusaha meyakinkan kelab untuk mengekalkan Luis Suarez yang merupakan sahabat karibnya. Namun ianya tidak membantu.

Luis Suarez akhirnya mengesahkan bahawa beliau memang dibuang dari Barcelona dengan satu panggilan telefon.

“Apabila barca memberitahu saya bahawa mereka sudah tidak memerlukan saya, ianya sangat sukar untuk saya terima. Saya tak menjangkakannya langsung.”

“Itu adalah detik yang sangat rumit kerana cara ianya berlaku. Di mana Koeman menelefon saya dan memberitahu saya bahawa saya tiada dalam perancangannya.”

“Ketika Barcelona secara rasmi menyatakan mereka sudah tak perlukan saya, saya terus memulakan perbincangan dengan Atleti dengan Cholo [Simeone] dengan Miguel Angel.”

“Ada minat daripada beberapa kelab lain, bukan hanya Juventus. Namun saya nak memastikan saya membuat keputusan terbaik untuk saya dan keluarga.”

Ku menangis membayangkan betapa kejamnya dirimu atas diriku

Suarez mengakhiri karier luar biasanya di Barcelona musim panas lalu berikutan Ronald Koeman yang baru dilantik telah memutuskan untuk tidak mahu mengguna pemain itu.

Memang sukar untuk Suarez meninggalkan Barcelona dengan cara itu, kerana dia adalah penjaring terbanyak yang ketiga sepanjang zaman untuk Barcelona dengan 198 gol, hanya di belakang dari Lionel Messi dan Cesar.

Perpisahan itu menjadi emosional kerana Suarez sudah enam tahun bersama dengan Barcelona. Itu adalah masa terpanjang dalam karier bola sepaknya berbanding kelab lain yang pernah diwakilinya selama ini.

Sebagai tambahan, bekas penyerang Liverpool itu telah membantu Barca menjulang empat gelaran La Liga, satu gelaran Liga Juara-Juara, empat gelaran Copa del Rey dan satu gelaran Piala Dunia Kelab.

Dia juga merupakan rakan untuk Lionel Messi sama ada di dalam dan di luar padang..mereka sangat akrab.

Luisito ketika itu berkata:

“Saya tidak dapat menerimanya dengan baik kerana cara Barcelona memperlakukan saya, sangat kejam.”

“Kita mesti menerima hakikat bahawa akan tiba waktunya sesuatu itu akan berakhir.”

“Saya menangis berhari-hari kerana keadaan saya ketika itu.”

Suarez meninggalkan kompleks Barcelona dengan mengesat air matanya.

Namun selepas itu Suarez belajar untuk menerima hakikat yang paling pedih dan menghargai suasana baharu dengan rakan baharu di Atletico.

“Kemudian selepas itu saya mula belajar menikmatinya, merasa dihargai lagi sebagai pemain, disayangi, merasa dijaga oleh kelab yang menyambut saya dengan sangat luar biasa,” tambah Suarez.

Suarez menerima tawaran Atletico Madrid, yang menandatanganinya secara percuma dan hanya perlu membayar bonus sekitar €4-6 juta euro.

Atletico mendapatkan Suarez dengan kontrak selama dua tahun untuk menjadi sandaran utama di barisan hadapan.

“Ada banyak perkara yang tidak diketahui oleh orang ramai.”

“Tetapi ketika berada di Barcelona dan anda harus berlatih selain daripada 22 pemain lain …”

“Isteri saya menyedari kesedihan yang saya rasakan, kekecewaan yang mendalam pada masa itu. Mereka [keluarga] hanya ingin melihat saya bahagia,” kata Luis Suarez.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.