RASMI: Konate Sertai Liverpool

Pemain bek tengah RB Leipzig, Ibrahima Konate sah milik Liverpool. Pemain tersebut dikaitkan dengan Liverpool dalam beberapa bulan lalu.

Liverpool membayar klausa pelepasan GBP36 juta untuk mendapatkan pemain tersebut.

Konate akan rasminya menyertai Liverpool pada 1 Julai kerana masih perlu menyelesaikan urusan permit dan juga sijil perpindahan antarabangsa.

Konate merupakan pemain bawah 21 Perancis yang akan bertanding dalam UEFA U21 European Championships, menjadi pembelian pertama Liverpool kali ini.

“Saya sangat gembira kerana kami dapat menambah pemain berkualiti, Ibrahima ke dalam skuad kami dan dia adalah seorang yang saya kagumi sejak sekian lama, sejak pertama kali saya menyedari potensinya ketika dia berada di Sochaux,” kata Klopp memberitahu Liverpoolfc.com.

Selepas masalah yang kami hadapi dengan kecederaan di posisi bek tengah musim lalu, tidak diragukan lagi jelas bahawa ia adalah bahagian pasukan yang perlu kami kuatkan – tetapi pertama sekali, saya harus mengatakan bahawa tugas Nat, Rhys dan Ozan memang luar biasa. Tidak percaya sungguh dengan apa yang mereka lakukan.”

“Pada Ibrahima kami menandatangani pemain yang akan menambah kualiti yang sudah kami miliki di sini. Sifat fizikalnya sangat mengagumkan; dia cepat, dia sangat kuat dan dia dominan di udara.

“Konate sudah bermain lebih dari 90 kali untuk Leipzig di Bundesliga dan pentas Eropah. Saya yakin jumlah itu seharusnya lebih banyak tetapi kerana beberapa kecederaan, tetapi itu bermakna dia sudah mempunyai pengalaman tentang apa yang diperlukan untuk bersaing dalam dua pertandingan yang sangat sukar.”

“Dia juga bermain untuk pasukan di Liga Juara-Juara Eropah dalam pertandingan yang tekanan tinggi, yang mempunyai visi bola sepak yang serupa dengan kita.”

“Saya yakin kami menandatangani pemain yang dapat bermain untuk kami dengan segera, tetapi dia adalah pemain muda baru berusia 22 tahun yang mempunyai ruang untuk diperbaiki kerana potensi besarnya. Saya tahu itu sesuatu yang dia ingin bekerjasama dengan kami untuk menjadi pemain yang lebih baik.”

“Bagi saya, itu sangat menggembirakan kerana saya telah melihat betapa bagusnya dia dan saya tidak sabar untuk bekerja dengannya ketika dia bergabung dengan kami di pra musim.”

Saksikan klip 3gp khas buat Konate.

 

 

Baca yang lain