RASMI: Superkip Umum Persaraan, Tinggalkan Arena Permotoran Dengan Detik Bersejarah Ini

Koresponden Nadi Arena, Adam Zamri melaporkan bahawa pelumba motosikal negara, Khairul Idham Pawi bersara daripada sukan permotoran.

Menurut Adam: “Pelumba motorsikal negara, Khairul Idham Pawi umumkan persaraan dari arena permotoran.”

“Rekod Superkip masih kekal menjadi satu satunya pelumba Malaysia raih nombor satu di GP Argentina dan Jerman dalam saingan Moto3 pada 2016.”

Bercakap kepada Nadi Arena, Superkip berkata dia melihat situasi semasa tidak membantunya untuk terus meningkat.

Apabila saya melihat beberapa perkara yang saya rasa tidak akan boleh meningkat, saya berfikir untuk bersara.

“Kerana apa yang memainkan sebenarnya adalah orang di sekeliling kita,” jelas Superkip.

Khairul Idham menyatakan ia keputusan berat, namun harus membuat keputusan untuk mencari perkara yang boleh menggembirakannya.

“Sekarang saya mahu melupakan perlumbaan dan melakukan perkara yang boleh membuatkan saya gembir,” kata Khairul Idham Pawi kepada Nadi Arena.

Beliau tidak akan melupakan kejayaannya menjuarai dua pusingan dalam persaingan Moto3.

“Saya gembira dengan diri saya. Apapun yang saya buat selepas ini,saya tetap gembira kerana ia sudah cukup menggembirakan.”

Khairul Idham Pawi dianggap prospek berharga negara pada satu ketika dahulu. Ini selepas prestasi cemerlangnya dalam kelas Moto3.

Demi menyelamatkan kerjayanya, Khairul Idham Pawi pernah nekad memotong jari kelingkingnya.

Ia dianggap satu pengorbanan terbesar beliau kepada negara dan dedikasinya kepada sukan yang dicintainya

Khairul mengalami kecederaan di jari sama ketika Grand Prix (GP) Republik Czech.

Khairul turut mengalami kecederaan serius ketika menyertai saingan kelas Moto2 di sesi latihan bebas dalam GP Sepanyol pada 2019.

Beliau melakukan dua pembedahan susulan dan terpaksa disisihkan untuk baki saingan musim 2019.

Ketika itu Superkip berkata:

“Saya okey selepas pembedahan dan (keadaan) jari saya daripada tahun lalu, tak boleh bengkok kerana ada skru. Saya jatuh di Brno (GP Republik Czech), jari saya retak, jadi saya tak ada pilihan bagi masa depan.”

“Bagi saya, sekiranya saya mengekalkan jari ini, kalau terjatuh atau berlaku apa-apa, agak mudah untuk ia kembali patah. Apapun, saya sudah berbincang dengan pasukan sebelum membuat keputusan ini.”

“Memang satu keputusan sukar untuk memotong jari saya tetapi demi masa depan, saya cuba yang terbaik bagi meningkatkan lagi keserasian (ketika menunggang).”

Menurut Khairul, jarinya itu tidak boleh dibengkokkan kerana mempunyai skru.

Namun masa depannya terus tergantung apabila tidak dapat kontrak baharu daripada Petronas Sprinta Moto3.

Lalu beliau memutuskan untuk bersara.

Tetapi siapa akan lupa detik Khairul Idham Pawi membuatkan bendera Malaysia berkibar dan lagu Negaraku berkumandang di pentas Moto3.

Hayatilah:

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.