RASMI: West Brom Melengkapkan Perpindahan Okay

West Brom berjaya mendapatkan pemain baharu pada hari terakhir perpindahan.

Ini apabila West Bromwich Albion akhirnya berjaya mendapatkan pemain Celta iaitu Okay Yokuslu secara pinjaman sehingga tamat musim ini.

Okay sangat ok dengan terma yang ditawarkan oleh West Brom. Selepas segalanya ok, maka pemain itu diumumkan secara rasmi oleh kelab.

Okay merupakan pemain tengah antarabangsa Turki, dilaporkan sudah berada di UK dan sudah boleh menyertai pasukan untuk sesi latihan seterusnya.

Okay Yokuslu bermain 14 penampilan musim ini. Namun Celta terpaksa melepaskan pemain itu kerana faktor ekonomi.

Okay boleh bermain di tengah dan juga di posisi bek tengah. Beliau terkenal dengan gaya permainan yang lasak dan fizikal.

Beliau menyertai Celta daripada Trabzonspor pada 2018.

Selain daripada Okay, WBA sudah mendapatkan Robert Snodgrass dan Mbaye Diagne dalam perpindahan kali ini.

West Brom sudah memulakan langkah memburu Okay seawal bulan Januari lagi.

Selamat datang ke Liga Perdana Inggeris untuk Okay Yokuslu. Semoga karier anda baik baik dan ok-ok sahaja di England.

Baca yang lain

Sancho Tak Mahu Pulang Ke United

Koresponden Patrick Berger mendedahkan bahawa Jadon Sancho sudah tak ada hati untuk bermain untuk Manchester United lagi. Pemain itu tidak mahu kembali