Reaksi Sangat Gembira Dari Safawi Meraikan Jaringannya Dalam Perlawanan Yang Didominasikan JDT

Ketika halaman rasmi Malaysia Football League (MFL), Johor Southern Tiger dan UiTM memuatnaik keputusan separuh masa pertama ia langsung tidak mencerminkan permainan sebenar di atas padang.

JDT menguasai sepenuhnya permainan sementara itu jumlah kejayaan UiTM masuk ke dalam kotak penalti lawan hanya boleh dikira dengan jari sebelah tangan.

Jaringan UiTM berpunca dari kesilapan Shaun Lowry yang gagal mengawal bola pada posisi kritikal dan kemudiannya dirampas oleh Yong Hyun Kwon. -Lowry wajib menang bola kerana dia adalah last man dan ada ruang besar belakangnya.

Kwon melorongkan bola kepada Joel Vinius dan bekas penyerang Juventus itu meleretkan bola ala-ala orang putih untuk menewaskan Farizal Marlias.

Safawi meluahkan kegembiraannya dalam keraian gol

Sejak kebelakangan ini Safawi Rashid menjadi mangsa kritikan terutamanya ketika dalam tugasan antrabangsa. Safawi dikatakan mengalami kemerosotan prestasi dan agak kurang menjaringkan gol.

Pada perlawanan semalam Safawi dibawa masuk menggantikan Nazmi Faiz Mansor yang agak tenggelam dalam permainan JDT yang berpaksikan Arif Aiman dalam melakukan serangan.

Jumlah hantaran lintang dilakukan oleh Arif Aiman -kebanyakan ke kepala- hampir menyamai kuantiti sepapan telur namun JDT tidak mempunyai good header dalam kotak.

Selepas Safawi dimasukan, dia segera memberi impak apabila melakukan cubaan pertama yang dihadang oleh pertahanan lawan.

10 minit selepas itu Safawi melakukan kawalan bola baik dalam ruang padat sebelum melepaskan rembatan ke penjuru kiri menewaskan Zamir Selamat untuk memberi gol pendahuluan kepada pasukannya.

Safawi terus berlari menuju tepi padang sambil melakukan teriakan luar biasa sehingga dapat didengar oleh para peminat di kaca telefon pintar. Jeritan tersebut menewaskan suara pengulas terkenal, Shauki Kahar dan sorakan fake yang dipasangkan ketika pasukan menjaringkan gol.

Safawi gembira, kita semua gembira kerana Safawi adalah bakat terbaik Malaysia.

Misi mustahil UiTM

UiTM turun dengan memikul misi sukar dalam pencarian kemenangan pertama selepas 13 perlawanan lebih-lebih lagi bertemu pasukan paling gagah perkasa di Malaysia.

Pada musim lepas UiTM mengejutkan ramai peminat bola sepak tanah air apabila menamatkan kempen liga di tangga ke-6 melalui 5 kemenangan dari 11 perlawanan.

Mereka meraih kemenangan pertama pada perlawanan ke-4 dengan menewaskan PDRM 3-1 di halaman sendiri.

Pada musim ni UiTM hanya merekod 2 keputusan seri dalam 13 perlawanan yang dimainkan sebelum turun bertemu JDT. Dari musim cemerlang UiTM bertukar menjadi calon terkuat kembali ke Liga Perdana.

Kejutan tetapi UiTM tidak akan jadi pemenang dengan peluang terhad

UiTM cuba mengimbangi permainan namun gagal memecah masuk dalam kotak penalti lawan sementara itu JDT meningkat dengan baik pada 15 minit pertama.

Walaupun tidak mencipta sebarang open chance namun JDT kerap membawa masuk bola ke dalam kotak penalti lawan terutamanya melalui hantaran lintang Arif Aiman.

Pada awalnya pemain ini juga kerap melakukan larian ke dalam kotak, hantarannya acap kali menghadirkan ancaman namun distabilkan dengan baik oleh Victor Nirennold dan rakannya termasuk Zamir Selamat.

Dalam tempoh tersebut, peluang terbaik yang dimiliki oleh JDT hadir melalui sepakan percuma berhampiran garisan kotak penalti. Percubaan dari Bergson hanya singgah di benteng pertahanan lawan.

Percubaan pertama dari UiTM hadir pada minit ke-20 melalui tandukan dari Sean Gianelli yang diselamatkan oleh Farizal Marlias -berpunca dari sepakan sudut yang diambil oleh Yong Hyun Kwon.

Selepas beberapa kali menyumbang hantaran lintang dan larian masuk ke dalam kotak penalti, minit ke-28 Arif berjaya melepaskan satu percubaan jarak dekat tetapi Zamir lebih cepat menutup ruang gawangnya dari dibolosi.

Ia merupakan peluang terbaik dari pemain sayap ini dalam perlawanan ini.

JDT terus menampilkan permainan sabar dalam membina serangan sementara itu pertahanan UiTM cukup berdisiplin menggagalkan semua ancaman bahaya ketika bola masuk kedalam kotak penalti mereka.

Ketika babak pertama berbaki 2 minit, Joel Vinicius menjaringkan gol pendahuluan untuk UiTM.

Jaringan tersebut berpunca dari kesilapan Shane Lowry yang gagal mengawal bola dengan baik sehingga membuka peluang kepada Kwon melepaskan hantaran kepada Vinius.

Pemain simpanan memberi impak segera

5 minit selepas babak ke-2 bersambung Arif Aiman memilih untuk melakukan hantaran lintang into feed berbanding kepala. Keputusan tersebut membuahkan hasil apabila Cabrera berjaya menampan bola masuk menewaskan Zamir.

Berkaitan corak permainan tiada perubahan ketara yang dipamerkan oleh kedua-dua pasukan. JDT terus menguasai bola dan UiTM cukup bergelut untuk memecah masuk ke pocket zone dan golden area.

Memasuki minit ke-62, Benjamin Mora melakukan pertukaran taktikal apabila memasukan Safawi Rashid menggantikan Nazmi dengan menolak Arif Aiman ke kiri dan Cabrera ke tengah. Sementara itu Afiq Fazail juga dimasukkan  –direct replacement dengan Syamer Kutty Abba.

Dalam perlawanan tersebut Nazmi yang -mengganti tempat Leandro Velazquez- tidak dapat memberikan banyak sumbangan, JDT terus menggunakan Arif sebagai paksi utama menghantar bola ke depan kubu lawan.

Pertukaran tersebut dianggap perlu kerana angka percubaan JDT dari dalam kotak penalti terlalu rendah berbanding peluang yang dicipta terutamanya dari hantaran lintang Arif.

Tidak sampai 10 minit kesan dari pertukaran tersebut menjelma selepas Safawi melakukan kawalan bola yang kemas dan kemudiannya melepaskan percubaan ke penjuru kiri gawang menewaskan Zamir.

UiTM cuba mencari gol penyamaan namun tidak banyak boleh dilakukan mereka. Kesukaran UiTM di final third cukup ketara dan pasukan ini tidak akan keluar sebagai pemenang dengan peluang yang terhad.

Pada minit ke-82 UiTM sekali lagi mahu menggunakan kesempatan dari situasi sepakan penjuru namun percubaan dari Nirrenord Tepat ke arah Farizal. Itulah satu-satunya percubaan bahaya dari skuad bimbingan Frank Bernhardt di babak ke-2.

Pada lewat perlawanan Mora sekali melakukan pertukaran dengan mengeluarkan Cabrerra dan Arif dengan memasukan Hazwan Bakri dan Akhyar Rashid.

Sekali lagi JDT meraih impak segera dari pemain yang baru dimasukkan, Akhyar melakukan larian bertenaga diikuti oleh larian Hazwan (juga bertenaga) dan Bergson masuk kedalam kotak.

Akhyar melakukan lorongan dan Bergson hanya melakukan tapping untuk memberi jaringan ke-3 kepada JDT. Kesemua punca jaringan JDT berlaku dari gerakan sebelah kanan.

Dan mungkin selepas ini JDT akan mencari punca kenapa bahagian kirinya tidak terlalu efektif.

Reaksi Mora selepas perlawanan

“Saya boleh katakan UiTM telah melakukan tugasan dengan baik dan berjuang untuk mencipta peluang dalam mencari jaringan tambahan.”

“Tetapi apa yang penting pemain saya tahu bagaimana untuk bangkit .”

“Mereka menunjukkan mereka tahu peranan dan tanggungjawab, apa yang perlu dilakukan untuk kembali dalam permainan, berada di depan dan menang.”

Baca yang lain