Reece James: Peningkatan Mendadak Produk Akademi Chelsea Yang Wajar Diberi Perhatian

Chelsea berjaya menamatkan kemarau 9 tahun kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) apabila berjaya menjinakkan Manchester City 1-0 dalam perlawanan akhir hasil jaringan Kai Havertz pada minit ke-42.

Aksi cemerlang yang ditunjukkan barisan pemain Thomas Tuchel itu menebus kehampaan 2 minggu lepas setelah tewas dengan jaringan yang sama kepada Leicester City dalam final Piala FA.

Pada perlawanan tempohari, terdapat 3 produk akademi Chelsea yang beraksi iaitu Mason Mount, Andreas Christensen dan Reece James.

Ketiga-tiganya beraksi cemerlang dengan Mount melakukan assist buat jaringan Havertz, Christensen yang masuk menggantikan Thiago Silva tenang mengawal bahagian pertahanan dan James menyimpan Raheem Sterling di dalam koceknya selama 77 minit permainan.

James bermain dengan cukup kental di bahagian pertahanan apabila berjaya melakukan 7 tackles dan 5 clearences, yang juga merupakan paling banyak dalam perlawanan tersebut.

Turut mengumpul 15 tackles, terbanyak dalam saingan kalah mati UCL musim ini.

Ramai pemerhati menganggap selain Ngolo Kante, James antara calon yang layak untuk menerima anugerah pemain terbaik perlawanan berdasarkan persembahan berkelas dunia yang ditunjukkannya.

Mari bersama penulis kita imbas kembali perjalanan singkat bintang muda Chelsea ini dari Cobham ke Dragao.

Menyertai Akademi Chelsea

Pada musim panas 2008, beberapa minggu setelah The Blues tewas di final UCL pertama mereka, James memulakan perjalanan bola sepaknya dengan menyertai akademi Chelsea di Cobham, London.

Bermula sebagai seorang penyerang sebelum turun ke bahagian tengah sebelum akhirnya mengisi posisi pertahanan seperti yang kita tahu kini.

Beliau membuat penampilan sulung dalam pasukan remaja ketika masih menjadi pelajar sekolah pada musim 2015/2016 sebelum menjadi tonggak utama dalam skuad Bawah 18 tahun yang memenangi Treble pada tahun berikutnya.

James sangat versatil kerana sepanjang musim itu, beliau telah bermain di posisi bek kanan, wing back kanan serta bek tengah jika Chelsea bermain dengan 3 pertahanan. Turut tidak terlepas satu pun perlawanan sepanjang musim.

Pada Mac 2017, James menandatangani kontrak profesional pertama di kelab yang berlangsung sehingga 2019.

Beliau meneruskan prestasi cemerlang pada 2017/2018, menjadi kapten skuad Bawah 18 tahun untuk satu lagi kemenangan Piala FA dan turut dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Akademi pada musim itu.

Tempoh Pinjaman Yang Menakjubkan

Pada bulan Jun 2018, James menandatangani kontrak jangka panjang bersama Chelsea selama empat tahun. Kemudian dipinjamkan ke Wigan Athletic dalam saingan Championsip untuk musim yang akan datang bagi tujuan pendedahan.

Menempuhi tempoh pinjaman di DW Stadium yang sangat berjaya. James memainkan peranan besar dalam membantu Wigan kekal dalam kempen Championship.

Beliau turut menamatkan musim dengan anugerah Pemain Terbaik Tahunan kelab. Yang menariknya, beliau mendapat 96% undian dari penyokong Latics, jauh meninggalkan rakan sepasukannya yang lain.

Beraksi di posisi bek kanan dan central midfield dan juga dipilih oleh rakan sepasukan sebagai sebagai Pemain Terbaik Wigan (Playersโ€™ Player of the Year).

Dan melengkapkan kempen pinjamannya yang cemerlang itu, jaringannya ketika menentang Bristol City dipilih sebagai Goal of the Season.

Transisi ke Skuad Utama

Frank Lampard memanggil James untuk menyertai skuad utama setelah Chelsea dilarang membeli pemain pada jendela perpindahan pada musim 2019/2020.

Melakukan debut bersama Chelsea ketika menentang Grimsby dalam saingan Piala Liga. Bermain baik di bek kanan sebelum menjaringkan gol pertama untuk The Blues hasil sepakan melencong dari luar kotak penalti pada minit ke-82.

Debut penuhnya dalam saingan EPL adalah ketika menentang Crystal Palace. Aksinya dalam derbi itu mendapat pujian pengkritik apabila berjaya menyimpan sayap lick Palace, Wilfred Zaha di dalam koceknya sepanjang perlawanan.

Siapa boleh lupa perlawanan gila di antara Chelsea dan Ajax ketika aksi UCL yang berakhir dengan keputusan 4-4.

James yang masuk sebagai pemain gantian menjaringkan gol penyamaan, di mana beliau turut menjadi penjaring termuda Chelsea dalam kejuaraan elit eropah itu.

Penampilan Antarabangsa

Pada 5 Oktober 2020, James dipanggil untuk pertama kalinya ke pasukan senior oleh pengurus Gareth Southgate berikutan kecederaan pada Raheem Sterling.

Beliau membuat penampilan sulung pada 8 Oktober 2020 di Wembley, masuk pada minit ke-58 menggantikan Kieran Trippier dalam kemenangan 3-0 ke atas Wales.

Pada 25 Mei 2021, James telah disenarai pendek dalam skuad kebangsaan England dalam kejohanan Euro 2020.

Beliau dijangka akan menyertai skuad Southgate sebagai pemain utama dengan form yang dimilikinya ketika ini.

Anda patut risau, Trent Alexander-Arnold!

Rumusan

Ramai yang memandang sinis kegagalan Chelsea dalam mengintegrasi pemain akademi mereka ke dalam skuad utama.

Namun kejayaan James, Mount dan Christensen menjadi jawapan terbaik bagi pihak pengurusan menjawab kritikan tersebut.

Trust the process!

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di