Reguilon Tak Sangka Spurs Sanggup Buat Padang Golf Di Pusat Latihan Demi Bale

Sergio Reguilon mula menikmati hari-hari yang indah sebagai pemain Tottenham Hotspur. Pemain pertahanan itu menjadi kata kunci kemenangan Spurs minggu lalu setelah membantu mencipta gol untuk Gareth Bale menjaringkan gol pertamanya untuk kelab itu, setelah lebih 7 tahun.

Walaupun mempunyai peranan yang berbeza, kedua-dua pemain dapat menyerasikan diri dengan cepat di Spurs. Bale mungkin bagi sesetengah orang, tiada masalah besar kerana Spurs adalah kelab lamanya.

Namun selepas lebih 7 tahun pastinya banyak yang berubah bukan? Termasuk stadium pun dah baru.

Bale dan Reguilon masing masing tidak menjadi pemain pilihan Zidane. Musim lalu Reguilon dipinjamkan ke Sevilla. Walaupun cemerlang di Sevilla Reguilon tetap disenarai untuk dilepaskan.

Dan Spurs membeli beliau dengan nilai perpindahan 30 juta euro, menewaskan tawaran daripada Man United.

Gareth Bale juga berpindah pada musim panas secara pinjaman setelah mengalami masalah lutut dan disisihakan oleh Zidane.

Dalam wawancara terbarnya dengan Cedena Ser, Reguilon berkongsi banyak perkara.

Ini termasuk cerita bagaiman Spurs mewujudkan padang gol kecil di pusat latihan semata mata untuk menyambut kepulangan Bale.

Bale memang dikenali dengan minatnya ke atas sukan golf. Beliau malah pernah ponteng latihan semata mata bermain golf ketika di Madrid.

Bagaimana hubungannya dengan Zidane?

R: Dengan Zidane, saya tidak bercakap lagi. Saya tahu apa pendapat mereka mengenai pekerjaan saya tetapi saya harus membuat keputusan.

Masa akan menentukan. Saya rasa tidak selesa meminta penjelasan daripadanya. Setiap orang mempunyai selera masing-masing. Pada usia ini, saya harus bermain dan terus bersaing.

Bagaimana proses penyesuaian anda di Tottenham?

R: Saya belum menyesuaikan diri dengan waktu di England, tetapi pada pukul lima, semuanya kelihatan gelap.

Ini adalah liga yang berbeza tetapi saya dapat menyesuaikan diri dengan situasi baru. Saya boleh melakukan lebih banyak lagi dalam tempoh peralihan dalam persaingan.

Sekiranya saya mesti mempersembahkan aksi terbaik, saya boleh membuat persembahan terbaik di Sepanyol atau di mana sahaja. Dengan semua pasukan yang hebat.

Son Heung-min dan Piere-Emile Hojbjerg adalah pemain yang bagus. Pasukan ini juga hebat.

Bagaimana dengan Gareth Bale?

R: Dia sangat teruja. Saya melihatnya secara berbeza. Bahasa, dan semu aspek untuk Gareth. Dia fasih berbahasa Sepanyol, sedikit seperti loghat India, seperti bahasa Inggeris saya. Itu yang membuatnkannya selesa di England.

Semasa dia mahu bercakap, dia bercakap. Sungguh mengejutkan bahawa kompleks sukan Tottenham, dia mempunyai padang golf yang berbeza dan mereka mengatakan bahawa itu sesuai untuknya.

Sayang sekali mereka tidak melakukannya di Madrid. Saya tidak menyangka dia akan kembali ke sini semula.

Apa pendapat mengenai Jose Mourinho?

R: Dia sangat bagus. Hebat. Sekiranya dia menyuruh saya berlari, saya akan menjadi yang pertama. Saya suka jenis jurulatih yang bersemangat. Sama seperti jurulatih lain, dia menjadi marah apabila anda tidak menang. Dia jurulatih yang sangat rapat (dengan pemain).

Reguilon kemudian berharap beliau akan terus maju dan menjadi pemain utama dalam pasukan kebangsaan negaranya.


Baca juga: Kehidupan Madrid Bale; Tinggal Rumah Sewa RM55K Sebulan, Main Golf Dan Duduk Bench

Kehidupan Gareth Bale di Kota Madrid tidak semanis kariernya bersama Los Blancos.

Itulah yang berlaku ketika peminat bola sepak menyaksikan pemain sayap Wales musim ini bergelut untuk memenangi tempat dalam pasukan.

Sudah berapa musim beliau bergelut untuk menjadi pemain utama terutama sekali di bawah kendalian Zinedine Zidane.

Pemergian Cristiano Ronaldo ternyata tidak menjanjikan Bale tempat untuk dia menjadi bintang seterusnya seperti mana yang mereka rancang sebelum ini.

Statistik mengatakan bahawa Bale hanya bermain 19 kali dalam semua pertandingan untuk Real Madrid. Kerana kurang bermain, pemain berusia 31 tahun itu hanya menjaringkan dua gol dan dua assist musim ini dan lebih banyak bermain golf.

Kehadiran Zinedine Zidane di Santiago Bernabeu untuk kali kedua menjadi faktor utama kegagalan Bale menembusi skuad utama Madrid.

Jurulatih yang merupakan legenda Perancis itu nampaknya enggan mengggunakan Bale. Hanya awal musim beliau menurunkan Bale.

Bale sudah diberitahu untuk berambus pada awal musim. Bale tak nak kerana tak ada kelab sanggup membayar gajinya seperti di Real Madrid.

Namun pada selekoh akhir perpindahan, Bale mendapat tawaran dari China, dan Bale setuju untuk ke sana. Florentino Perez pula menghalang perpindahan itu kerana tak mahu melepaskan Bale dengan harga murah.

Hasilnya, Bale sering memanaskan bangku simpanan Madrid. Kurangnya penglibatan Bale dalam kelab telah menimbulkan spekulasi bahawa pemain itu akan dijual dan dilepaskan oleh Zidane. Ya cerita yang sama setiap kali jendela perpindahan.

Tetapi sehingga sekarang, Bale menegaskan bahawa beliau selesa di Real Madrid dan mahu bermain sehingga kontraknya berakhir.

Bale masih berada di rumah di ibu negara Sepanyol. Apa yang membuatnya bertahan, walaupun kariernya terus maju?

Selain daripada menikmati gaji mengalahkan presiden Israel, Bale juga tinggal di rumah bak istana mewah.

Rumah Bale duduki itu €7.2 juta. Namun Bale hanya menyewa di situ sambil pakai kereta mewah amboi amboi.

Bale menyewa €11,000 sebulan di situ ataupun bersamaan dengan RM54,600 sebulan.

Tapi Bale ada rumah sendirilah selain yang ni.

Bale berjiran dengan Zinedine Zidane, Sergio Ramos, Karim Benzema dan dulunya Cristiano Ronaldo pun pernah berjiran dengan Bale.

Rumah sumpahan

Sejak memutuskan untuk pindah ke Madrid pada tahun 2013, Bale telah memilih untuk menduduki bekas rumah yang disewa oleh Ricardo Kaka.

Mitos yang sedang panas di di sana, rumah itu sepertinya suwey, kerana kerjaya Bale hampir sama dengan bekas bintang AC Milan.

Kaka adalah salah seorang bintang yang bergemelapan ketika di kelab lamanya. Namun sinar itu semakin pudar ketika memakai jersi Madrid.

Kisahnya hampir sama dengan Bale. Gagal menambat hati pengurus yang mahukan pemain konsisten di dalam padang.

Sedangkan Kaka dilanda beberapa siri kecederaan yang menimpa pemain Brazil itu.

Kaka akhirnya memutuskan untuk kembali ke Milan. Secara praktikal, pemain berusia 31 tahun mengosongkan rumahnya.

Lalu, rumah agam dua tingkat dan empat bilik tidur dihuni oleh Bale. Selepas tujuh tahun menyewa rumah mewah itu, Bale kelihatan terpencil dalam skuad Madrid.

Hobi Koleksi Kereta Mewah

Selain daripada tinggal di rumah kluster kayangan, Bale juga atlet yang sama seperti kebanyakan jantan jantan kaya yang lain, gemar mengumpul kereta mewah.

Sebagai atlet dengan gaji €17 juta euro setahun, bukannya satu masalah untuk Gareth Bale mengumpul barang-barang mewah dan rare seperti wor fu.

Itulah yang dia lakukan ketika berada di Madrid.

Enam kereta sukan dan kenderaan kelas lain dengan harga hebat diletakkan di garajnya. Koleksi keretanya adalah seperti Mercedes SLS AMG, Lamborghini Huracan, Ferrari GTC4Lusso, dan Audi Q7. Bale cuma tidak ada Myvi convert Passo sahaja di dalam koleksinya.

Kesemua keretanya itu dianggarkan sekitar €7.2 juta.

Bermain Hobi Golf

Bercakap mengenai Gareth Bale bukan hanya mengenai bola sepak. Terdapat satu sukan lain yang dia gemari, iaitu golf.

Walaupun rumah itu mempunyai semua yang diperlukan, ada satu perkara yang hilang, iaitu padang golf.

Oleh itu, Bale telah mendaftarkan dirinya sebagai ahli kelab golf Ciudad Grupo Santander.

Bale pernah meminta cuti sakit / MC ketika diminta kembali ke kem latihan pra musim.

Namun dia kantoi dengan Zidane bahawa dia ada aktivit golf hari itu.

Ketika itu Bale agak kecewa perpindahannya ke China dilarang.

Ketika wartawan bertanya adakah beliau selesa dengan kehidupan di Madrid, seolah olah beliau makan gaji buta.

Bale berkata: “Aku tak kisah kekal di sini sampai kontrak tamat, walaupun aku terpaksa bermain golf.”

Dalam satu perlawanan persahabatan, para pemain Wales meraikan kemenangan dengan bendera Wales.Golf.Madrid.

Ianya adalah merujuk kepada kenyataan Bale yang mengutamakan Wales, kemudian gol dan ketiga barulah Real Madrid.

Terbaru nama Bale tidak tersenarai dalam pemain yang akan dibawa ke Man City sebaliknya pemain yang digantung, Sergio Ramos pula ada.

Had kemasukan ke stadium yang terhad membuatkan ramai mempersoalkan tindakan Zidane.

Namun Zidane menyatakan sebenarnya Bale sendiri yang tak nak terlibat.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di