RESPECT! Kelab Ireland Ini Berani Bawa Mesej Hak Kanak Kanak Palestin Dalam Jersi Away Mereka

Kelab Ireland, Bohemian FC telah bekerjasama dengan Palestine Sport for Life untuk meningkatkan kesedaran tentang pencabulan hak asasi manusia di Palestin.

Ianya tindakan yang sangat berani dilakukan Bohemian, memandangkan banyak negara di eropah dan blok barat menganggap Palestin sebagai sarang pengganas dan menyokong yang satu lagi tu.

*tak boleh sebut terang sangat, nanti Mark Zuckerberg terus kensel artikel ni.

Penjualan kit tempat lawan / away baharu kelab Dublin itu juga akan turut bertujuan mengumpul dana yang amat diperlukan untuk menyokong akses kepada sukan untuk kanak-kanak di kem Tulkarm di Tebing Barat.

Sepuluh peratus daripada keuntungan daripada jersi itu akan digunakan untuk menyediakan peralatan sukan kepada projek Palestine Sport for Life di Tulkarm.

Projek ini berharap dapat memperkasakan lagi golongan muda untuk merealisasikan hak mereka untuk bermain, melalui bola sepak, dan membantu mereka mengembangkan kemahiran hidup mereka dari sudut riadah dan kesukanan.

Palestine Sport for Life juga menyediakan peluang pendidikan dan mempromosikan pendidikan selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari PBB.

Selain menyediakan kewangan kepada Palestine Sport for Life, Bohemian FC akan menggunakan platform media sosialnya untuk menyerlahkan kerja terpuji badan amal di Tulkarm dengan kemas kini dan laporan bulanan daripada kem.

Kehidupan kanak-kanak Palestin adalah sukar dan mereka menghadapi pencabulan hak asasi manusia setiap hari.

Kelab tersebut ingin menyampaikan mesej ini kepada peminat mereka dan seterusnya serta membantu meningkatkan kehidupan mereka yang memerlukan melalui sukan.

Palestine Sport for Life menyokong kanak-kanak dari Kem Tulkarem serta kem pelarian Tulkarem dan kem pelarian Nur Shams.

Dibina di atas kawasan seluas hanya 0.18 kilometer persegi, kem Tulkem mempunyai anggaran populasi 21,500, dan terdapat lebih 1,600 kanak-kanak bersekolah.

Kem Nur Shams, yang terletak kira-kira tiga kilometer di timur Kem Tulkarem tidak mempunyai kawasan lapang, dan kanak-kanak tidak mempunyai kawasan untuk bermain kecuali taman permainan sekolah.

Keadaan hidup yang sukar merenggangkan hubungan sosial dan secara langsung memberi kesan kepada kesejahteraan dan kesihatan penduduk.

Saksikan video pelancaran di sini:

Jersi tersebut, yang turut membawa warna Palestin dan ikon burung merpati di bawah kolar, dibina di atas inisiatif jersi serupa yang dilakukan oleh orang Bohemian dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Ramai peminat Bohemian dan peminat bola sepak dari kelab lain turut sudah menyatakan hasrat mereka mahu membeli jersi tersebut.

Dan mereka sudah tidak sabar untuk memakai jersi itu yang dianggap sarat dengan mesej kemanusiaan.

Pada tahun 2020 jersi tempat lawan kelab memfokuskan pada penyepaduan pelarian dengan kerjasama Amnesty International dan pada tahun 2021 didedikasikan untuk memerangi gelandangan di Dublin, dengan kerjasama Focus Ireland dan Fontaines DC.

Terbaru, Bohemians bekerjasama dengan Keluarga Marley untuk mengeluarkan jersi memperingati pertunjukan terbuka terakhir Bob Marley, di Dalymount Park, mengumpul dana untuk mengumpul peralatan muzik dan sukan kepada pelarian dan pencari suaka di Ireland.

Selain itu, mural baharu telah didedahkan pada awal tahun ini berikutan kematian legenda bola sepak Pelé, sebagai mengenang kunjungan bintang Brazil 1972 ke Taman Dalymount.

Baca yang lain