Richarlison Tinggalkan Everton Sebab Tiada Cita Cita Tinggi Nak Menang Piala Berbanding Spurs

Richarlison mendedahkan sebab utama dia meninggalkan Everton. Walaupun dia sayangkan kelab itu.

Alasan utama pemain antarabangsa Brazil itu memilih untuk menyertai Tottenham dan meninggalkan Everton adalah kerana Everton kelab yang tiada cita cita seperti mana yang dimiliki oleh Spurs.

Pemain Brazil itu, yang menyertai The Toffees pada 2018 dari Watford. Musim ini dia memutuskan meninggalkan Merseyside dalam perjanjian bernilai sehingga £60 juta untuk menyertai Tottenham Antonio Conte.

Richarlison terpaksa dijual oleh Everton kerana sudah memberitahu kelab itu ia tak akan melanjutkan kontrak baharu.

Dia telah menikmati permulaan fasa baru kariernya yang mengagumkan di utara London itu.

Ini termausk menjaringkan dua gol pada penampilan sulungnya dalam Liga Juara-Juara Eropah dalam kemenengan 2-0 ke atas Marseille beberapa minggu lalu.

Bercakap kepada FourFourTwo, pemain Brazil itu telah membuka mulutnya mengenai motivasinya di sebalik keputusannya untuk meninggalkan Everton.

Dan kenyataan itu pasti pahit untuk ditelan oleh peminat Everton yang menganggap Richarlison sebagai salah seorang pemain kesayangan mereka.

Richarlison juga menyatakan bahawa dia masih tak nampak tanda tanda Everton akan memenangi trofi dalam masa terdekat ini. Lalu dia memutuskan untuk menyertai kelab seperti Spurs yang diuruskan Antonio Conte.

Richarlison berkata: “Ia sentiasa menjadi perkara yang sukar apabila anda mempunyai hubungan yang begitu kuat dengan kelab anda, dan itu pasti berlaku untuk saya.”

“Saya gembira di Everton dan saya bersyukur untuk semua yang saya pelajari di sana. Ia adalah kelab besar dengan banyak sejarah.”

“Bagaimanapun, mungkin mereka menderita dengan kekurangan cita-cita pada masa kini. Anda tahu, keinginan untuk memenangi perlawanan dan trofi.”

“Saya menghabiskan empat tahun di sana dan saya dapat melihat masih ada perjalanan yang sangat jauh untuk mencapai perkara yang besar. Saya rasa ia adalah masa yang sesuai untuk meneruskan [bertukar ke kelab lain], dan kelab juga perlu membuat sedikit wang.”

“Ia adalah tawaran yang bagus untuk semua yang terlibat. Saya gembira dengan cabaran baharu ini di Spurs.”

Seperti dijangka, ramai peminat Everton kecewa dengan kenyataan Richarlison. Mereka menuduh pemain pemain itu sebenarnya berpindah kerana wang. Dan tindakan pemain seperti dia membuatkan Everton dalam kesukaran untuk meneruskan projek kelab mereka.

Bukan itu sahaja, ada yang melabel Richarlison sendiri antara sebab kepada masalah kelab gagal memenangi sesuatu kerana menjaringkan gol yang sedikit dalam semusim.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.