Robert Alberts Beri Amaran, Pemain Dilarang Gendut Selepas Raya

Pengendali Persib Bandung Robert Alberts menyeru agar kesemua pemainnya menjaga makan ketika meraikan lebaran.

Beliau berharap para pemain tidak mengambil makanan-makanan yang berlemak dan berminyak seperti mana yang disarankan oleh nutritionist kelab.

Gilan Fauzi, nutritionist Persib, menegaskan, para pegawai sentiasa memantau berat badan pemain. Dan ianya adalah perkara yang sangat sukar dilakukan setiap kali lebaran.

Gilan berkata: “Kami boleh memantau dari jauh berat badan pemain. Tentunya di saat seperti ini adalah sukar, kami kan melakukan sesi ukuran semula berat badan mereka nanti setelah lebaran. Saya berharap para pemain disiplin,” ujar Gilang dikutip dari laman rasmi Persib.

Gilang sudah mempunyai data berat badan pemain sebelum kompetisi dihentikan kerana wabak.

Robert mengatakan, para pemain Persib sudah diberikan daftar makanan yang mereka boleh ambil, dan yang dilarang.

Robert berkata: “Selama ini pemain sudah tahu menu makanan yang perlu dikonsumsi. Jika itu semua dilakukan seperti yang kami harapkan, maka semuanya akan terkawal.”

Para pemain Persib diberikan cuti empat hari sempena Hari Raya Aidilfitri. Bagi pemain yang tidak meraikan Hari Raya, mereka diberikan kebebasan untuk memilih sama ada berehat ataupun datang ke pusat latihan.

Namun Robert Albert sudah memberikan bayangan kepada para pemain bahawa mereka akan berhadapan dengan latihan intensif selepas cuti raya.

“Kami akan mulai berlatih tanggal 27 Mei 2020, dan akan menyambung lagi program latihan yang sudah berjalan. Latihan dengan intensiti tinggi dan waktu rehat yang lebih pendek,” ujar Robert.

Pelatih dari Belanda itu ingin para pemainnya sentiasa dalam keadaan bersedia apabila diberikan lampu hijau untuk kembali beraksi semula kelak.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di