Ronaldinho: Tak Sangka Merasa Penjara, Saya Tak Tahu Itu Pasport Palsu

“Saya tak sangka bahawa suatu hari saya akan melalui detik seteruk ini di dalam hidup saya,” tegas bekas pemain kebangsaan Brazil, Ronaldinho kepada wartawan di dalam sidang media pertama beliau sejak ditahan di Paraguay kerana skandal pemalsuan dokumen perjalanan.

Bekas pemain bola sepak Barcelona dan saudaranya Roberto Assis ditangkap pada awal Mac kerana didakwa menggunakan dokumen palsu untuk memasuki negara itu.

Ronaldinho mengatakan dia “benar-benar terkejut” selepas ditangkap dan didakwa kerana kesalahan menggunakan pasport palsu.

Bekas pemain bola sepak Barcelona dan abangnya, Roberto Assis ditangkap di Paraguay pada awal Mac kerana didakwa menggunakan dokumen palsu untuk memasuki negara itu.

Setelah menghabiskan 32 hari di penjara, hakim Gustavo Amarilla memutuskan bahawa kedua-duanya boleh tinggal di sebuah hotel di Asuncion sementara mereka menunggu perbicaraan atas tuduhan mereka.

Inilah pertama kali beliau bercakap kepada wartawan selepas dibebaskan.

Bercakap kepada rangkaian televisyen Paraguay, ABC Color dari hotel Palmaroga di ibu kota Paraguay, bekas pemain berusia 40 tahun itu mengatakan mereka datang ke negara itu untuk melancarkan kasino di atas talian.

Bekas pemenang Ballon D’Or, Ronaldinho, yang merupakan sebahagian daripada skuad pemenang Piala Dunia Brazil tahun 2002, mengatakan bahawa keseluruhan situasi sangat sukar dan dia bekerjasama dengan polis untuk cuba menyelesaikan masalah.

Dia berkata: “Kami sangat terkejut mengetahui bahawa dokumen tersebut tidak sah. Sejak hari itu kami bertekad untuk bekerjasama sebaik mungkin dengan sistem keadilan untuk menjelaskan fakta.”

“Sejak saat itu hingga hari ini, kami telah menjelaskan segalanya.”

Bercakap mengenai saat dia diberitahu akan masuk penjara, Ronaldinho berkata: “Itu adalah satu berita buruk yang menghantuk diri saya dengan keras.”

“Saya tidak pernah membayangkan bahawa saya akan melalui situasi seperti ini. Sepanjang hidup saya, saya berusaha untuk mencapai tahap profesional tertinggi dan membawa kegembiraan kepada orang lain dengan bermain bola sepak. ”

Bekas bintang Barca itu mengatakan bahawa dia mempunyai banyak peluang untuk bermain bola sepak di penjara.

Namun selalu berhenti sekejap untuk kerana ada peminat beliau di penjara mahu mendapatkan tanda tangan dan gambar walaupun berada di dalam penjara keselamatan maksimum Agrupacion Especializada.

Ronaldinho ditangkap di Resort Yacht and Golf Club Paraguay.

Ronaldinho mengatakan bahawa walaupun ditangkap dan didakwa, dia tidak memiliki niat buruk terhadap orang-orang Paraguay.

Dan belaiu yakin tuhan ada bersamanya dan telah membantunya melalui situasi tersebut.

Dia berkata: “Kehangatan, kasih sayang dan rasa hormat dari semua orang Paraguay dirasakan sejak hari pertama saya tiba di negara ini sehingga hari ini, dan saya sangat berterima kasih kepada kamu semua.”

“Saya ada kepercayaan saya. Saya selalu berdoa agar semuanya berjalan lancar dan semoga perkara ini segera selesai. ”

Menurut ABC Color, wawancara itu dilakukan secara berhadapan di hotel dengan langkah penjarakan sosial yang ketat.

Ronaldinho mengatakan bahawa perkara pertama yang akan dia akan lakukan setelah keadaan diselesaikan adalah pergi menemui ibunya.

Dia berkata: “Perkara pertama saya akan buat selepas semua ini selasai adalah memberikan satu ciuman besar kepada ibu saya yang telah melalui hari-hari sukar ini sejak bermulanya wabak Cov-19 di rumahnya.”

“Dengan harapan akan dapat mengurangkan sedikit kesan yang timbul kerana situasi ini dan terus maju dengan kepercayaan dan kekuatan. ”

Peguam Ronaldinho menyatakan bahawa kliennya telah diberikan pasport Paraguay oleh orang tempatan yang juga penaja sebagai hadiah.

Namun dia tak sangka pasport itu adalah palsu.

Pasport Brazil dan Sepanyol beliau dirampas pihak berkuasa pada 2019 kerana ada melakukan kesalahan melanggar undang-undang.

Baca yang lain

Penyokong Sociedad Ejek Greenwood

Mason Greenwood sekali lagi menjadi serangan lisan berbaur hinaan ke atasnya. Penyokong pelawat, penyokong Real Sociedad telah berkali kali melaungkan Greenwood pergi