Ronaldo Berkenan Syarat Man City; Bagaimana City, Mendes, PSG, Kane Berada Sekali Dalam Sinetron Ini

Cristiano Ronaldo kini dalam situasi yang tidak menentu. Dia disisihkan daripada kesebelasan utama dalam aksi pembukaan Serie A. Ini selepas pemain itu dikatakan minta disisihkan kerana dia mahu berbincang masa depannya dengan kelab.

Ronaldo merenung ke luar jendela, bayu meniup lembut sambil memikirkan masa depannya.

Ronaldo mahu tahu pilihan yang dia ada

Ronaldo diletakkan di bangku simpanan dalam aksi berdepan Udinese.

Fabrizio Romano pada minggu lalu melaporkan bahawa Ronaldo mahu melihat lihat beberapa opsyen dalam kariernya.

City dan PSG kaya raya

Ejen beliau, Jorge Mendes cuba menawarkan Ronaldo ke PSG atau Man City. Dua kelab dengan kewangan kuat yang boleh membela Ronaldo.

Namun PSG menyatakan mereka sudah tutup kedai selepas mendapatkan Messi. PSG memang berminat dengan Ronaldo tetapi untuk dapat percuma musim depan, jika Mbappe pergi percuma ke kelab lain.

Seterusnya, Jorge Mendes melihat situasi di City sangat ngam dengan Ronaldo. Kelab itu sedang mencari penjaring gol prolifik tak ingat dunia.

City masih memburuh Harry Kane pada masa itu dan menawarkan GBP150 juta untuk penyerang itu. Tak cukup dengan itu, City turut menawarkan beberapa pemain untuk dipilih Spurs bagi melengkapkan perpindahan dengan transaksi wang + pemain.

Levy berkeras bahawa Kane tak akan dilepaskan ke kelab seteru se-Inggeris.

Di kota Turin, pemain bernama Ronaldo terus mahu memastikan masa depannya lebih baik di masa akan datang. Dia mahu menilai beberapa pilihan.

Dengan pantas Mendes menghubungi Manchester City sambil menyatakan bahawa Ronaldo adalah tersedia. Tetapi City tidak menunjukkan kerterujaan.

Juventus pula masih yakin bahawa Ronaldo akan terus kekal.

Situasi Harry Kane

Akhirnya Kane mengesahkan dia akan kekal di Spurs. Situasi itu membuatkan Mendes merasakan Ronaldo adalah opsyen yang baik buat Man City ketika ini. Di mana jendela perpindahan sudah hampir ditutup.

Juventus masih lagi mahu Ronaldo kekal. Pada masa yang sama terpaksa memikirkan kesan positif daripada pemergian Ronaldo kepada struktur gaji kelab.

Dilema Juventus

Seterusnya, situasi semasa, Ronaldo kelihatan tidak berminat untuk menyambung kontrak dengan Old Lady. Juventus tak rela kehilangan Ronaldo secara percuma selepas membelinya EUR100 juta beberapa tahun lalu.

Juventus mahu sekurang kurangnya €28juta – €30juta untuk pemain veteran itu.

Mendes kemudian terbang ke Itali untuk menyelesaikan masa depan CR7.

Beliau sudah bercakap dengan Juventus tentang situasi Cristiano Ronaldo. Buat masa ini tiada bidaan rasmi lagi daripada Manchester City untuk Cristiano Ronaldo.

Akhbar Diario melaporkan bahawa Ronaldo sudah mendengar syarat dan terma peribadi daripada Man City jika beliau menyertai pasukan tersebut.

Dan beliau dilaporkan setuju dengan syarat itu. Kini situasi terserah kepada perbincangan di antara Manchester City dan Juventus untuk mencapai kesepakatan dalam harga.

Untuk pengetahuan korang, setuju terma dan syarat peribadi ni antara kelab dengan pemain, dan bukannya penentu kepada perpindahan rasmi. Kerana kelab pemilik masih berhak ke atas pemain mereka.

Fabrizio Romano menyatakan bahawa Juventus masih lagi belum menerima sebarang bidaan rasmi untuk Ronaldo.

Jadi, sinetron ini masih bersambung…..

Putar belakang

Beberapa tahun lalu, Manchester United berpeluang untuk membawa pulang Ronaldo. Namun kelab itu tidak berniat untuk melakukannya kerana faktor harga.

Juventus membeli Ronaldo pada 2018. Dan ternyata pemain itu masih ada kudrat dan peak yang baik.

Ronaldo ketika itu juga diintai oleh Man City. Namun Abang Do dengan tegas menjawab, dia tak akan sesekali ke Manchester City hanya kerana wang, kerana semangatnya adalah seorang Setan Merah.

Ronaldo berkata: “Mu nak kawe bermain untuk City bukannya United? Kawe tokseh boh. Kenapa? Sebab hati kawe adalah Manchester United, itulah sebabnya, maaf terkecek Kelate.”

“Ehemmm… jika kamu bercakap soal duit, saya patut pergi ke Qatar la kalau macam tu [merujuk kepada tawaran dari kelab Qatar yang sangat lumayan].”

“Saya mungkin akan dapat lebih banyak duit daripada apa yang saya dapat di Man City.”

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di