Ronaldo Pekan Dedah Hatinya Hanya Untuk Inter, Tidak Sesekali AC Milan

Legenda bola sepak Brazil, Ronaldo, tidak bersembunyi menyatakan bahawa dia sebenarnya peminat Inter Milan. Ronaldo juga sentiasa mendoakan agar Inter Milan akan menjadi juara Itali sejak dari dulu lagi.

Dan akhirnya pasukan Inter menang Serie A pada 2021/2022.

Ronaldo bukanlah nama asing untuk Inter. Beliau beraksi di Inter dari tahun 1997 hingga 2002. Namun, karier Ronaldo di Inter ditandai dengan kecederaan lutut yang teruk.

Ronaldo kemudian berpindah ke Real Madrid sebelum menyertai seteru utama Inter iaitu AC Milan. Walaupun pernah menyarung jersi AC Milan, namun legenda berusia 44 tahun itu menyatakan bahawa hatinya tidak sesekali untuk Rossoneri, sebaliknya dia adalah Internisti.

Dalam kariernya, dua kali Ronaldo menyertai kelab musuh tradisi kepada kelab lamanya.

Ronaldo sangat gembira ketika Inter Milan memenangi gelaran scudetto Serie A pada musim 2020/2021. Kerana, Ronaldo merasakan saat itu akan selalu diingati kerana Inter mematahkan dominasi Juventus.

“Saya peminat Inter Milan, saya mengekalkan hubungan istimewa dengan Inter dan saya selalu mahu mereka juara,” kata R9 kepada Football Italia

“Kejuaraan terbaru itu sangat mengagumkan, akhirnya kami mengganggu rentak kemenangan Juventus. Ia akan dikenang untuk tempoh yang lama.”

Ronaldo masih menaruh harapan tinggi untuk melihat Inter memenangi Scudetto sekali lagi pada musim 2021/2022. Namun, beliau merasakan bahawa kehilangan Lukaku akan memberikan impak kepada kempen mereka.

Ronaldo menegaskan, Chelsea cuba sedaya upaya mendapatkan Lukaku dengan kuasa wang yang mereka ada.

“Sayang sekali Romelu Lukaku telah kembali ke England, tetapi sukar untuk menolak ketika kelab-kelab besar dalam Liga Perdana mahukan kamu,” tambah Ronaldo Pekan itu.

“Chelsea telah menggunakan semua kekuatan kewangan mereka. Bagi saya, pasukan paling saya sukai adalah Inter. Lukaku akan pergi, tetapi pasukan tetap kuat dan seimbang.”

Ronaldo yakin Edin Dzeko akan mampu mengisi kekosongan ditinggalkan Lukaku. Ini kerana pemain itu sangat berpengalaman.

“Mereka telah menandatangani Edin Dzeko dan membuat penandatanganan penting lain, ada ramai pemain muda yang menarik dan berbakat dalam kumpulan ini.”

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari