Ronaldo Sedia Dedahkan Berita Palsu Tentang Dirinya: “Hanya 5 Je Betul Daripada 95 Yang Ditulis”

Bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo berkata dia akan mendedahkan kebenaran tidak lama lagi.

Dia berkata hanya lima daripada 100 berita mengenainya sejak beberapa bulan lalu adalah betul. Ronaldo berkata dia berjanji untuk memberitahu perkara sebenar dalam temu bual yang akan dikeluarkan dalam beberapa minggu lagi.

Terdapat khabar angin mengenai Ronaldo yang mahu keluar dari Manchester United sepanjang musim panas, dilaporkan untuk pasukan yang bersaing dalam Liga Juara-Juara. Rob Dawson dari ESPN melaporkan hari Isnin bahawa “pengaruh negatifnya di bilik persalinan” telah menyebabkan beberapa orang dalam organisasi itu mempertimbangkan untuk membiarkannya pergi.

Sky Sports pada mulanya melaporkan Manchester United mungkin menamatkan kontraknya, walaupun tweet itu kemudiannya dipadamkan.

The Red Devils secara terbuka bertegas mahu mengekalkan superstar itu, tetapi dua kekalahan dalam dua perlawanan boleh mengubah strategi pasukan sebelum jendela perpindahan ditutup.

Malangnya, semalam Samuel Luckhurst pula melaporkan bahawa Joel Glazer menghalang sebarang usaha daripada Erik Ten Hag menjual Ronaldo.

Alex Turks, percaya bahawa keputusan itu adalah atas sebab komersial.

Fabrizio Romano antara yang melaporkan bahawa ejen Ronaldo, Jorge Mendes meletakkan keutamaan pemain itu masih lagi, untuk meninggalkan Manchester United.

Sebelum ini Mendes telah berhubung dengan beberapa kelab terkemuka di Eropah, termasuk Atletico Madrid dan Bayern Munich, tetapi mereka telah menolak peluang untuk mendapatkan penyerang itu.

Presiden Atletico Madrid Enrique Cerezo dengan terbuka mengakui tidak menafikan bagawa mereka ditawarkan Ronaldo. Tetapi menyifatkan langkah itu “secara praktikalnya adalah mustahil,” manakala Pengarah Bayern Oliver Kahn berkata “Ronaldo tidak akan sesuai dengan falsafah kami.”

Di sebalik banyak laporan sepanjang musim panas ini, Ronaldo berkata banyak daripada wartawan adalah tidak benar.

Pemain berusia 37 tahun itu masih belum menjaringkan gol dalam dua perlawanan Liga Perdana tahun ini selepas menjaringkan 18 gol liga pada 2021-22.

Dia berkata dia akan tampil dalam satu wawancara khas beberapa minggu akan datang dan akan mendedahkan tentang kebenaran.

Dia memiliki banyak keratan laporan yang dia simpan dan catit dalam buku notanya.

Baca yang lain