Ronaldo Selamatkan Kelab Lamanya Yang Berhutang RM747J, 9 Pemain Tertunggak Gaji

Kelab yang pernah menjadi tempat Ronaldo mengasah bakatnya satu ketika dahulu, Cruzeiro kini sedang dan masalah.

Tetapi, kurang daripada seminggu sebelum Krismas, kelab dari Belo Horizonte menerima hadiah yang paling istimewa daripada El Fenomen.

Do mana Ronaldo telah mengumumkan bahawa dia dalam proses membeli pegangan majoriti dalam Cruzeiro dengan harga £53 juta. Ini akan menjadi kelab kedua tersebut sebagai kelab kedua milik Ronaldo selepas Real Valladolid di Sepanyol.

Menurut laporan di Brazil, Fenway Sports Group yang dikenali sebagai pemegang saham majoriti Liverpool sebenarnya turut berminat untuk membeli Cruzeiro. Tetapi, dikalahkan oleh tawaran daripada juara Piala Dunia dua kali itu.

“Saya sangat gembira kerana telah menyelesaikan rancangan ini. Saya mempunyai banyak perkara yang ingin saya berikan semula kepada Cruzeiro untuk membawa mereka ke tempat yang sepatutnya mereka berada.” kata Ronaldo.

“Kami mempunyai banyak kerja di hadapan kami selepas ini. Saya meminta penyokong untuk pergi ke stadium, kerana kami memerlukan kuasa [dari sokongan penyokong] yang besar.”

“Kami kini ada banyak kerja dan cita-cita untuk merevolusikan Cruzeiro. Belum ada apa-apa untuk diraikan, tetapi kami mempunyai cita-cita besar, ” tambah Ronaldo.

“Masa untuk kembali telah tiba. Giliran saya pula untuk mencuba dan membuka pintu kepada pasukan.”

“Bukan dengan kuasa ajaib untuk mengubah realiti. Sebaliknya, dengan tanggungjawab yang besar. Dengan program pintar dan kukuh untuk jangka sederhana dan panjang dengan sokongan sembilan juta peminat setia,” kata Ronaldo lagi.

“Kami memulakan lembaran baharu dalam sejarah kelab. Saya kembali kerana saya percaya dengan kebangkitan semula Cruzeiro, saya kembali menjadi sebahagian daripada transformasi bola sepak Brazil,” jelas Ronaldo.

Ronaldo membuat penampilan sulung profesionalnya di Cruzeiro. Ketika bersama mereka, El Fenomeno menjaringkan 44 gol dalam 47 perlawanan ketika berusia 17 tahun.

Ia adalah rekod yang luar biasa dan membolehkannya mendapat tempat dalam skuad Piala Dunia 1994. Selepas piala dunia itu, Ronaldo kemudiannya berpindah ke PSV di Belanda.

Cruzeiro pula mengalami nasib malang apabila pada 2019, mereka diturunkan ke Serie B buat kali pertama dalam sejarah.

Pada musim 2021 mereka sebenarnya semakin hampir dengan zon penyingkiran Serie C. Nasib baik akhirnya berjaya menamatkan saingan di kedudukan ke-14.

Masalah ini timbul kerana Cruzeiro mempunyai hutang bernilai lebih £133 juta atau sekitar RM747 juta.

Dan kini mereka dilarang membawa masuk pemain baharu oleh FIFA kerana gagal memenuhi gaji pemain mereka. Tidak kurang daripada sembilan pemain Cruzeiro mengalami tunggakan gaji oleh kerana masalah kewangan kelab.

Jadi untuk memulihkan reputasi Cruzeiro yang calar dan teruk mungkin menjadi cabaran yang lebih sukar daripada mengimbangi kewangan kelab.

Tetapi, sebagai bekas pemain Cruzeiro, Ronaldo mempunyai ikatan emosi yang kuat dan peminat percaya dia akan memberi impak yang sangat positif kepada kelab di dalam dan di luar padamg

Baca yang lain