Rossi:”Kalau Enjin Tak Mati Mangejut, Saya Boleh Menang”

Valentino Rossi sangat kecewa dengan perlumbaan di Jerez musim ini. Di mana segalanya serba tak kena buat The Doctor.

Daripada bergaduh isu tayar sehinggalah ke isu enjin.

Rossi sempat ‘bergaduh’ dengan Michelin berkaitan isu tayar yang disifatkan beliau telah memberikan impak kepada prestasi motosikalnya.

Michelin kemudian mengeluarkan kenyataan bahawa tayar mereka bukan masalah, sebaliknya teknik tunggangan Rossi yang menjadi masalah.

Kerana menurut Michelin, badan Rossi tak keluar ketika membelok dan memberikan kesan kepada permukaan tayar.

Rossi dan Vinales kemudian mengambil keputusan untuk memakai tayar lembut dalam perlumbaan di litar yang berpermukaan panas.

Kesannya kedua dua pelumba bergelut dalam perlumbaan tersebut.

Meskipun Vinales menaiki podium namun beliau melepaskan peluang menjadi juara kerana kondisi tayarnya.

Rossi pula tersingkir daripada pusingan ke-19.

Rossi bingung dan hairan ketika motosikalnya mati tiba tiba. Kesannya dia gagal menamatkan perlumbaan yang berbaki 7 pusingan lagi.

“Kawe ado perasey [perasan] ada signal warna merah deh pada dashboard moto kawe dan kemudian tiba tiba enjin mati.”

“Sekarey mereka sedang memeriksa masalah, tetapi yang pasti kitorang ada masalah teknikal dehh.”

“Sayang sekali kerana jika tidak ada masalah teknikal hok ni, agak memalukan kerana kawe boleh saja meney [menang] perlumbaan ini,” tegas Rossi yang kecewa sambil tersasul bahasa Kelate sekali lagi.

Rossi menolak dakwaan bahawa beliau memperjudikan nasibnya dengan memilih menggunakan tayar lembut dalam perlumbaan ini.

Menurut Rossi, yang menjadi masalah adalah tayar belakang bukannya tayar depan. Dan beliau menggunakan tayar lembut itu di bahagian depan.

“Masalahnya adalah, kami cuba mengatasi masalah tayar. Kawe banyak mengalami masalah yang ni.”

“Untuk tayar depey [depan] kawe tokseh [tak nak] menyebut ia satu perjudian. Kerana kami sudah mencuba memakai tayar hok keras, bezanya sikit saja dehh.”

“Oleh itu, kawe tak nak cakap percaturan itu satu perjudian dehh.”

“Mungkin dengan tayar hok keras, kami akan lebih cepat sedikit dehh, tapi itu bukan isu besar.”

“Masalah kawe sekarey [sekarang] adalah tayar hok belakang. Tayar depan tak beri impak besar pun.”

Rossi kemudian menggesa agar pasukannya memperbaiki segala kelemahan yang ada untuk grand prix yang seterusnya.

Sumber: Crash.net

Baca yang lain