Roy Keane, Mourinho Bidas Pemain Senior England Kecut Ambil Penalti Dan Membiarkan Saka

Roy Keane telah membidas pemain senior England seperti Raheem Sterling dan Jack Grealish yang hanya berdiam diri membiarkan pemain muda berusia 19 tahun mengambil tugasan penati kelima yang dianggap penalti penentuan.

Bukayo Saka tidak pernah mengambil penalti untuk pasukan senior Arsenal sekalipun. Beliau menggagahkan dirinya mengambil penalti tersebut.

Mana pemain senior?

Keane yang marah berkata: “Apabila kamu adalah Raheem Sterling, atau Jack Grealish [merujuk kepada pemain senior], kamu tak  boleh berdiam diri sahaja dan membiarkan pemain muda seperti Saka tampil ke sana untuk mengambil penalti. Tak boleh sama sekali.”

Keane menambah, pemain senior seperti Sterling tidak sewenang wenang membiarkan pengurus memberikan tugasan itu kepada pemain yang mentah seperti Saka.

“Kamu tak boleh biarkan pemain muda berusia 19 tahun yang pemalu di hadapan kamu mengambil tugasan itu. Mereka ada lebih banyak pengalaman. Sterling pernah menang beberapa piala, mereka ini harus menunjukkan keberanian diri mereka di hadapan budak budak ni.”

England kalah dalam penentuan penalti selepas keputusan seri 1-1 sepanjang 120 minit. Di mana England mendahului seawal minit ke-2 lagi menerusi Luke Shaw. England dilihat bakal menjadi juara dengan aura dari Wembley.

Malangnya mereka gagal. Southgate mempertahankan keputusannya dan berkata: “Saya pilih pelaksana penalti berdasarkan apa yang kami lakukan di pusat latihan dan tiada sesiapa pun berseorang dalam hal ini. Kita menang sama sama sebagai satu pasukan dan sudah tentunya kegagalan kita menang hari ini adalah kekalahan kami bersama.”

“Tentang penalti, itu arahan daripada saya dan ianya tanggungjawab saya.”

Jose Mourinho turut mengkritik pengurusan penalti oleh Southgate yang menurutnya agak kejam untuk meletakkan ‘budak 19 tahun’ menjadi pengambil penalti terakhir yang merupakan penalti penentu.

“Keputusan pengurus dalam susunan tugasan penalti, saya rasa, meletakkan Saka sebagai pelaksana terakhir adalah sesuatu yang sangat sukar untuk dibuat. Saya berpendapat, ianya sangat sukar untuk budak muda seperti itu menggalas segalanya di bahunya pada momen seperti itu. Saya rasa simpati dengan Saka.”

Seperti Keane, Mourinho mempersoalkan, di mana pemain senior lain?

“Dalam situasi ini, di mana [Raheem] Sterling, di mana (John) Stones, dan di mana (Luke) Shaw?” Sempat juga petik Shaw kan.

“Saya tahu Gareth seorang manusia yang jujur dan jurulatih yang akan melindngi pemainnya. Saya tak rasa dia akan kata kepada kita bahawa pemain pemain senior ini tak bersedia dan takut mengambil penalti.”

Bukayo Saka dilaporkan menjadi mangsa perkauman di laman IG beliau. Begitu juga dengan Jadon Sancho dan Marcus Rashford, selepas 3 pemain tersebut gagal menyempurnakan penalti mereka.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di