Sadio Mane Hantar Liverpool Ke UCL

Liverpool turun melayan kunjungan Crystal Palace dalam aksi EPL. Perlawanan yang bakal menentukan sama ada Liverpool akan bermain di UCL atau sebaliknya pada musim hadapan.

Liverpool terus dominan dalam perlawanan ini. Namun Palace sebenarnya pasukan lebih awal melakukan ancaman menerusi Wilfried Zaha dan juga Townsend.

Pada minit ke-18, Liverpool mendapat sepakan percuma dari luar kotak penalti. Dan ianya hampir disudahkan oleh Trent Alexander Arnold.

Berpunca daripada sepakan penjuru, Rhys Williams menyambut hantaran Robertson dengan tandukan yang hampir meletakkan Liverpool di hadapan.

Di satu lagi venue Leicester mendahului menerusi penalti Jamie Vardy pada  minit ke-18. Meletakkan Liverpool di tangga kelima pada kedudukan semasa itu.

Pada minit ke-21, Mohamed Salah berdepan dengan Guaita secara 1 lawan 1, tetapi gagal menewaskan Higuaita yang medepakan badannya.

Selepas beberapa kali buntu di hadapan gol, akhirnya Sadio Mane meletakkan Liverpool di hadapan dengan gol dari jarak dekat.

Sadio Mane mengambil kesempatan di sebalik keadaan kucar kacir depan gol. Dan Mane menyungkit masuk bola selepas Firmino gagal mengawal bola dengan kemas.

Liverpool masuk ke bilik persalinan dengan 1-0 di hadapan. Kedudukan di venue lain pula menyaksikan Leicester terikat 1-1 selepas Kane menyamakan kedudukan pada lewat perlawanan. Chelsea pula ketinggalan 1-0 di tangan Villa, juga kerana gol lewat daripada Bertrand Traore.

Ia meletakkan Liverpool berada di tempat ketiga, Chelsea keempat dan Leicester kelima.

Pada separuh masa kedua, Sadio Mane sekali lagi mencetak gol. Kali ini beliau menerima hantaran Mohamed Salah dan Mane merembat rendah, bola terbias pada pertahanan lawan.

Kedudukan 2-0 terus kekal. Berlaku kebangkitan dramatik di King Power Stadium apabila Spurs menang 3-2 selepas dua kali ketinggalan dengan skor 1-0 dan 2-1 sebelumnya.

Chelsea pula gagal bangkit. Dan layak ke UCL dengan status pasukan tangga keempat.

Liverpool pastinya lega kerana sebelum ini mereka tidak merasa 4 teratas sejak Februari lalu.

Musim yang penuh dengan roller coster buat Liverpool selaku juara bertahan. Namun akhirnya menamatkan musim di tempat ketiga pada musim ini. Layak ke UCL adalah paling penting.

Baca yang lain