Saint Maximin Tanya Fabrizio Romano: “Terangkan, Lucas Digne Datang Ke Newcastle Tak Ni?”

Fabrizio Romano jelas sekali lelaki yang dipercayai jutaan lelaki lain di seluruh dunia. Ini kerana sumbernya yang boleh dipercayai dalam jendela perpindahan.

Fabrizio Romano digelar sebagai pakar perpindahan bola sepak Eropah oleh media antarabangsa.

Di ruangan twitternya, Fabrizio Romano seringkali melayan pertanyaan pengikutnya tentang sesuatu perpindahan.

Bukan sahaja peminat bola sepak, malah pemain seperti Allan Saint Maximin turut meminta penjelasan daripada Fabrizio Romano berkenaan dengan perpindahan pemain.

Saint Maximin mahu tahu penjelasan sama ada Lucas Digne akan datang ke Newcastle atau tidak.

Ini selepas Fabrizio Romano menegaskan bahawa Lucas Digne tak akan ke Newcastle.

Menurut Fabrizio Romano, Lucas Digne memang mahu keluar dari Everton selepas tidak sehaluan dengan Rafa Benitez.

Ada 3 kelab EPL yang berminat mendapatkan Digne. Antaranya adalah Chelsea yang baru sahaja kehilangan Ben Chilwell kerana kecederaan ACL.

Pada status yang sama Fabrizio Romano menegaskan: “Sekali lagi, Digne tak akan menyertai Newcastle. Tiada peluang – dan Lille masih berharap akan mengekalkan Sven Botman [daripada menyertai Newcastle].”

Saint Maximin kemudian  berkata: “Ok Fabrizio, jelaskan sahaja, adakah Lucas Digne akan menyertai Newcastle”

Ternyata Allan Saint Maximin masih berharap pemain itu datang ke Newcastle selepas mereka mendapatkan Kieran Tripper.

Nampaknya Saint Maximin pun teruja seperti penyokong penyokong Newcastle yang lain apabila dikaitkan dengan Lucas Digne. Dan beliau masih tidak putus harapan.

Lucas Digne musim lalu antara bek sisi berprestasi tinggi di Eropah. Namun musim ini beliau kurang aksi di atas padang.

 

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di