Salah Jumpa Presiden PSG Pula

Bintang Liverpool, Mohamed Salah ditangkap gambar dari jauh oleh peminat yang melihat dia berjumpa dengan presiden PSG, Nasser Al Khelaifi.

Perjumpaan itu membawa kepada banyak persoalan.

Ada yang mengaitkan perjumpaan itu sebagai isyarat bahawa konsortium dari Qatar yang memiliki PSG, Qatar Sports Investment mungkin sedang membida untuk membeli Liverpool.

Sebelulm ini QSI telah dikaitkan dengan minat mereka ke atas Spurs. Namun masih belum ada rundingan rasmi dibuat.

Liverpool seperti yang diketahui seluruh dunia, telah disenaraikan untuk dijual oleh FSG, jika kena pada harganya.

Jadi, pertemuan dengan Mo Salah oleh presiden PSG dikaitkan dengan potensi pembelian Liverpool.

Satu lagi teori menyebut, adakah ianya isyarat PSG akan mendapatkan Mo Salah?

Sebenarnya kedua dua teori itu tak tepat termasuk teori bahawa Salah mungkin ke PSG.

Mohamed Salah sangat gembira di Liverpool dan menerima gaji sangat lumayan.

Ben Jacobs dari CBS Sports mengesahkan pertemuan ini tiada kaitan dengan mana mana teori di atas. Ianya adalah pertemuan biasa dua orang sahabat.

Sebenarnya, Mohamed Salah dan Nasser Khelaifi bersahabat baik. Mereka berdua sangat rapat.

Ben Jacobs turut melaporkan bahawa buat masa ini, FSG tidak menerima sebarang bidaan yang benar benar menarik minat mereka untuk menjual Liverpool.

FSG masih kekal komited untuk kelab tersebut seperti biasa.

Jadi semoga peminat tidak salah sangka dengan pertemuan Salah dengan Nasser Al Khelaifi.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di