Salt Bae Dikecam Desak Pelanggan Berambus Selepas 30 Minit

Salt Bae sekali lagi terlibat kontroversi. Sebelum ini dikecam kerana harga tak masuk akal mengalahkan siakap Langkawi.

Sekarang ini Salt Bae terlibat kontroversi lagi di London kerana mendesak pelanggannya agar makan cepat cepat jangan lebih 2 jam. Ada yang hanya diminta makan di steakhouse tersebut cuma 30 minit.

Malah ada yang menyatakan bahawa, makan cepat cepat tidak sihat untuk pencernaan dan penghadaman.

Alasan Salt Bae berbuat begitu kerana terlalu ramai pelanggan yang mahu makan di restaurant Nusr-Et. Selepas membuat tempahan slot atau tempat duduk, diberikan pula amaran agar meninggalkan restaurant segera.

Tindakan itu ternyata tidak menyenangkan ramai orang. Kerana ianya dianggap memaksa. Dah la bayar mahal mahal. Ada juga yang menyatakan bahawa, tanggungjawab membesarkan saiz restaurant adalah tanggungjawab Salt Bae.

Beberapa bulan lalu Salt Bae dituduh membuang semua reviu negatif di Google tentang restaurant beliau. Kemudian diikuti kontroversi gaji pekerja yang terlalu rendah berbanding dengan harga makanan yang dia jual.

Salt Bae baru sahaja membuka restaurant cawangan di London. Dia selalu menganggap London adalah impiannya, semalam, hari ini, selamanya dan setiap hari.

Nama Salt Bae ataupun Nusret Gokce mulai popular selepas video dia menabur garam dengan stail sekali. Dan restaurant dia mulai dikunjungi ramai selebriti terkenal, tokoh politik dan pemain bola sepak terkenal.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan