Santos Tak Puas Hati & ‘Up’ Status IG Klaim Pele Sebenarnya Skor 1,091 Gol Untuk Mereka

Kelab Santos, iaitu kelab Pele telah menghantar satu bantahan tentang rekod Pele yang dilaporkan telah menjaringkan 643 gol untuk kelab mereka.

Rekod tersebut telah rasminya dipecahkan Lionel Messi selepas pemain itu menjaringkan gol ke-644 bersama dengan Barcelona baru baru ini.

Jadi, kini Messi menjadi pemain paling banyak menjaringkan gol untuk satu kelab mengatasi Pele.

Pele turut mengucapkan tahniah kepada Lionel Messi. Namun Santos membuat satu tuntutan di IG rasmi mereka tentang gol bekas pemain mereka.

Menurut Santos, pemenang 3 Piala Dunia – Pele – telah menjaringkan 1,091 gol bersama dengan mereka. Jumlah itu dengan mengambil kira beberapa perlawanan persahabatan berprofil tinggi.

Santos menerusi IG rasminya berkata:

“Dalam beberapa hari terakhir ini, ramai yang bercakap di media sosial tentang berapa banyak gol Pele bersama Santos.”

“Menurut statistik, Pemain Argentina, Lionel Messi menjadi pemain paling banyak gol untuk satu kelab apabila beliau menjaringkan 644 gol untuk Catalan, tidak termasuk persahabatan — dan juga beberapa gol yang dikira gol rasmo.”

“Pele sudah mengucapkan tahniah kepada bintang no.10 Barcelona: ‘Cerita macam kita ini, tentang cinta kepada satu kelab yang sama untuk sekian lama. Dukacitanya, ia menjadi kisah yang semakin asing [rare] dalam bola sepak,’ tulis O Rei [Sang Raja] di media sosial beliau.”

“Namun begitu, sebahagian media melaporkan jumlah keseluruhan gol tanpa mengambil kira rekod keseluruhan gol Pele untuk kelab ini. Pele sebenarnya telah menjaringkan 1,091 gol untuk Santos.”

“O Rei menjaringkan 643 gol dalam aksi kompetitif dan 448 gol dalam aksi persahabatan dan perlawanan yang mereka katakan kurang bernilai.”

“448 gol itu cuba dinyahkan oleh mereka, ianya adalah gol gol berdepan dengan pasukan pasukan terbaik pada masa itu. Misalnya Club America (Mexico) dan Colo Colo (Chile) dan kedua dua pasukan masing masing bolos 9 kali di kaki Pele.”

“Inter Milan salah sebuah pasukan terhebat di Eropah dengan pasukan 1960-an, 8 kali dibolosi O Rei.”

“Senarai senarai ini melibatkan banyak nama besar lain termasuk: River Plate, Boca Juniors, Racing, Universidad de Chile, Real Madrid, Juventus, Lazio, Napoli, Benfica dan Anderlecht.”

“Bahkan Barcelona sendiri kelab Messi bermain, salah satu mangsa Pele. Pele skor 4 gol dalam 4 perlawanan menentang mereka.”

Ramai yang menyatakan bahawa admin media Santos seolah olah koyak dan terlalu sensitif mempertahankan legenda mereka Pele.

Sedangkan Pele sendiri mengucapkan tahniah kepada Messi.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di