“Saya Tolak Barcelona, Man United Demi Everton”

Richarlison tampil menjelaskan keadaan sebenar masa depan beliau. Di mana pemain itu menyatakan beliau menolak tawaran dua kelab besar pada Januari lalu iaitu dari Man United dan barcelona.

Menurut Richarlison, beliau berbuat demikian kerana tidak mahu meninggalkan Everton pada tengah tengah kempen musim ini.

Richarlison, pemain sayap berusia 23 tahun yang berbakat. Memiliki gaya permainan yang lincah dan serba semulajadi.

Beliau ketika ini bermain untuk musim kedua bersama the Toffees. Dan menjadi penjaring kedua terbanyak mereka di belakang Dominic Calvert-Lewin.

Bercakap kepada media, Richarlison berkata: “Ianya tidak bagus meninggalkan rakan sepasukan dengan cara seperti ini.”

Richarlison mulai mendapat perhatian selepas beraksi cemerlang bersama Watford. Sebelum itu, beliau bermain untuk Fluminense di Brazil. Watford mendapatkan tandatangan beliau selepas Richarlison menjaringkan 15 gol daripada 36 penampilan bersama kelab tersebut.

Selepas aksi cemerlang bersama Waford, bekas pengurusnya, Marco Silva membawanya ke Goodison Park.

Pada ketika ini, beliau menjadi sasaran banyak kelab besar di Eropah termasuk Barcelona.

Laporan sebelum ini menyatakan bahawa Everton menolak bidaan £85 juta daripada gergasi Catalan untuk Richarlison. Richarlison sudah menandatangani kontrak jangka panjang pada 2019 bersama Everton.

Dan beliau gembira untuk terus kekal lebih lama di Everton.

“Saya nak kekal di sini untuk tempoh yang lama. Ini adalah kelab yang memberikan saya peluang untuk menunjukkan bola sepak saya.”

“Kerana aksi saya di sini, saya berjaya mendapatkan tempat di dalam pasukan kebangsaan Brazil dan saya sudah menjaringkan banyak gol di sini.

“Ada banyak tawaran yang saya terima ketika di sini, dari Barcelona dan dari Manchester United. Namun kelab memutukan mahu saya kekal dalam kumpulan ini dan saya tak nak meninggalkan pasukan ini pada tengah tengah musim liga.”

“Ianya tidak bagus meninggalkan rakan sepasukan kamu seperti ini.”

“Dah tentu saya terasa impak. Barcelona salah sebuah kelab terbesar di dunia. Namun saya percaya, kegembiraan [bermain kerap] juga memainkan peranan penting.”

 

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di