Scammer Menjana Puluhan Ribu Ringgit Daripada Bencana Di Turki Dan Syria

Di kala kesengsaraan orang lain, pasti ada manusia yang baik hati dan rasa simpati mahu menghulurkan bantuan. Dan di situ juga selalu ada pihak yang mengambil kesempatan.

BBC melaporkan bahawa, scammer telah ‘untung besar’ dengan mengambil kesempatan di atas peristiwa gempa bumi di Turki dan Syria.

Di mana scammers ini melancarkan kempen kutipan derma untuk menipu orang ramai agar menyumbang bantuan.

Dengan ledakan teknologi yang ada pada hari ini, peranan media sosial memudahkan lagi scammer ini menipu mangsa mereka.

Gempa bumi di Turki dan Syria dilaporkan telah mengorbankan lebih 35,000 mangsa. Di Turki sahaja, 1.2 juta keluar hilang tempat tinggal mereka.

Scammer melancarkan tabung derma dengan menggunakan gambar kesengsaraan orang lain. Mereka bukan sahaja mengutip derma terus menggunkan pay pal, tetapi turut menggunakan sistem pemberian gift daripda TikTok Live.

Di mana mereka kononnya akan menyerahkan semua sumbangan wang dan hadiah digital itu kepada mangsa gempa bumi di Turki dan Syria.

Lebih menyakitkan hati, mereka tidak segan silu memuat naik video dan gambar mangsa gempa bumi untuk tujuan peribadi.

Ini termasuk gambar kanak kanak yang dikeluarkan daripada runtuhan.

Kapsyen yang popular termasuk “Let’s help Turkey”, “Pray for Turkey” dan “Donate for earthquake victims”.

Wakil TikTok bercakap kepada BBC, mereka berasa sangat kesal dan sedih di atas apa yang berlaku.

Ini kerana mangsa mangsa gempa bumi ini telah menjadi bahan digunakan meraih simpati untuk menipu mangsa oleh scammer.

Jurucakap tersebut berkata: “Kami benar benar sedih dengan gempa bumi yang berlaku di Turki dan Syria. Kami juga menyumbang bantuan untuk merawat bagi mengurangkan bebanan petugas perubatan.”

“Kami turut aktif memantau pihak scammer serta mereka yang menyebarkan informasi tidak tepat di kalangan komuniti yang sedia mengeluarkan sumbangan.”

Di Twitter, ada akaun yang menggunakan kaedah derma matawang kripto untuk sumbangan gempa bumi.

Scammer scammer ini menjana angka mencecah puluhan ribu ringgit malah mungkin mencecah ratusan ribu sekalipun.

Sebagai seorang pengguna media sosial, pastikan anda bijak dalam mendapatkan saluran yang betul untuk menderma.

Rujukan BBC

Baca yang lain

Ralf Ragnick Rasmi Tolak Bayern Munich

Ralf Rangnick secara rasminya menolak tawaran untuk menjadi pengurus Bayern Munich. Nama Poknik sebelum ini mulai dikaitkan dengan Bayern setelah kelab itu