Jika Chievo Verona ini kelab seperti AS Roma, Inter, Milan atau Juventus, sudah pastinya nama Sergio Pellissier akan lebih legenda di mata dunia.
Namun tiada siapa boleh menafikan kelegendaan beliau di Itali. Sebelum ini Pellissier berusaha memimpin pengurusan Chievo untuk mencari penaja kelab dan pemilik yang baharu namun gagal.
Kelab yang ditubukan 1929 itu berkubur kerana muflis. Chievo kelab kerdil yang beraksi di Serie A sebanyak 17 kali daripada 20 musim terakhir sejak kali pertama mereka beraksi di Serie A pada 2000/01.
Merasakan Chievo Verona sangat penting untuk orang sepertinya, yang juga peminat setia kelab itu, maka Sergio Pellissier menubuhkan kelab FC Chievo 1929.
Dan dilaporkan kelab tersebut sudah mendapat kelulusan FIGC untuk menjadi rakan kongsi badan bola sepak Itali itu.
Afiliasi kepada Chievo Verona bermakna kelab ini akan dianggap kelab baru yang akan meneneruskan legasi kelab tersebut.
Perkara ini sebelum ini pernah dilakukan kelab seperti Parma Calcio 1913 yang diafiliasikan dengan FC Parma yang legenda. Tak lupa juga ACF Fiorentina yang meneruskan legasi Fiorentina yang pernah muflis satu ketika dahulu.
Dengan pengiktirafan afiliasi dari FIGC makan secara tidak langsungnya, The Flying Donkey akan terus hidup walaupun terpaksa bermula daripada bawah.
Pellissier menyatakan: “Saya tak akan putus asa, ini semua belum berakhir sama sekali.”
Bekas penyerang Gialloblu itu memberitahu L’Arena bahawa dia tidak pasti di mana kelab itu akan diletakkan untuk beraksi.
Sama ada di divisyen 5, 6, ataupun 7 sekalipun. Apa yang pasti tumpuan beliau adalah melakukan proses penting terlebih dahulu.
Pellissier menubuhkan kelab itu untuk memastikan impian kanak akan pemina Chievo Verona di sekitar bandar Verona tidak mati.
Dahulu ramai pemain Chievo yang membangun daripada kelab legenda mereka serta bermain sehingga ke peringkat antarabangsa. Ada yang berkarier dan menyertai kelab lain di Itali termasuk kelab besar.
Bola sepak antara cara untuk orang muda ini mengubah nasib keluarga mereka serta mencapai impian mereka serta membantu negara mereka Itali.
Pellissier menambah: “Saya akan terus mencuba, demi Chievo saya tidak boleh berputus asa ketika berdepan kesulitan seperti ini.”
“Saya ada kelab saya sendiri: FC Chievo 1929, mendapatkan afiliasi adalah perkara paling penting ketika ini. Harus dipenuhi dulu semua syarat dan baru kita akan menyusun atur yang lain.”
“Mungkin hari ini saya akan gagal, namun esok lusa, siapa tahu. Tidak penting dari mana kita bermula, tetapi paling penting adalah kita mulakan sekali lagi, tak kisahlah dari divisyen ketiga atau kedua.”
“Mungkin berada di Serie D adalah permulaan terbaik untuk kelab ini.”
“Di mana buat masa ini biarlah kita berada di bawah tahap profesional dahulu, kemudian kita akan cuba melonjak naik secepat mungkin.”
BACA JUGA; Tiada Pemilik Baru, Chievo Bakal Lenyap Selamanya Selepas Hampir 100 Tahun
Gazetta Dello Sport melaporkan bahawa, kelab yang berusia 92 tahu iaitu Chievo Verona bakal lenyap buat selama lamanya. Ini selepas mereka masih tidak ada pembeli setakat ini.
Pada awal abad ke-21, Chievo Verona menunjukkan keajaibannya. Dari sebuah kelab kecil di pinggir Verona, The Flying Donkey berjaya beraksi di Serie A untuk pertama kalinya pada tahun 2001/2002.
Malah pada masa itu Chievo hampir mengejutkan dunia dengan hampir menjuarai Serie A. Mereka menjadi pasukan yang menarik tumpuan dunia.
Siapa sangka kelab kecil bimbingan Luigi Delneri itu bersaing untuk kejuaraan. Mereka menamatkan musim itu di tangga kelima. Tetap dianggap pencapaian luar biasa dengan melayakkan diri ke Piala UEFA yang kini digelar Europa League.
Sebenarnya pada masa itu mereka hampir ke UCL. Namun kandas di pusingan kelayakan yang membuatkan mereka beraksi di UEL.
Chievo yang hebat
Penulis bola sepak terkenal Itali, Marco Vitale mengabadikan kisah Chievo dalam karyanya “Fenomeno Chievo. Economia, costume, società”. Menceritakan bagaimana sebuah kelab kecil yang sudah lama wujud berjaya membuatkan ramai terpegun dan tepersona dengan melihat cara mereka bermain bola sepak.
Chievo kemudian terus menjadi pasukan yang sentiasa bersaing dalam aksi Serie A. Sejak musim pertama mereka menyertai Serie A pada 2000/2001, mereka berada di pentas itu sebanyak 17 musim sehingga 2020/21.
Dalam tempoh 20 tahun itu, hanya 3 musim mereka bermain di Serie B.
Pada musim 2020/21, mereka malah menamatkan saingan di tangga kelapan dalam saingan Serie B.
Dilanda badai
Pada 15 Julai 2021, FA Itali iaitu FIGC mengumumkan bahawa Chievo Verona muflis. Hutang mereka terlalu banyak membuatkan mereka diusir ke Serie D.
Ini selepas mereka hilang status dalam Lega Calcio yang mengendalikan dua liga utama Itali iaitu Serie A dan Serie B. Mereka digantikan oleh Cosenza di Serie B.
FIGC menyenaraikan Chievo sebagai muflis kerana beban kewangan dan tidak membayar cukai. Chievo mengemukakan rayuan namun ditolak.
Kelab tersebut ditubuhkan pada 1929 oleh masyarakat yang gilakan bola sepak di perkampungan kecil Verona. Tidak lama lagi mereka akan meraikan ulangtahun seabad penubuhan kelab mereka.
Dalam sejarahnya, mereka melahirkan ramai bakat seperti Simone Perrotta, Bernardo Corradi, Massimo Marazzina, Christian Manfredini, Luciano Sequiera, Nicola Legrottaglie, Sergio Pellissier, Victor Obinna, Michael Bradley dan ramai lagi.
Bola sepak gaya Chievo
Mereka digemari peminat dan pundit di Itali kerana dianggap bermain dengan bola sepak yang menghiburkan. Kerana pada masa itu pasukan pasukan di Itali terutama pasukan kecil mereka akan bermain dengan sistem sangat defensif dan pasif.
Bintang utama mereka pastinya Sergio Pellisier yang sudah bermain untuk kelab sebanyak 512 penampilan dengan mencetak 139 gol. Dia bersara pada 2019 pada usianya 40 tahun.
Chievo pada masa itu mengumumkan bahawa kelab akan merehatkan nombor 31 yang ikonik menjadi milik Pellisier.
Namun pemergian Pellissier ketika itu bukanlah satu satunya kesedihan yang diratapi peminat. Kerana tidak lama selepas itu mereka tersingkir daripada Serie A ke Serie B pada akhir musim.
Pada musim seterusnya mereka disahkan muflis dan disingkirkan ke Serie D.
Tiada pembida
Kelab tersebut kemudian menjadi dikawal selia oleh majlis perbandaran buat sementara waktu. Menunggu pihak yang datang untuk membida mereka.
Di Itali, kelab yang muflis akan diserahkan sesuatu organisasi terutama sekali majlis perbandaran. Dan inilah peluang untuk syarikat besar ataupun konsortium mahupun individu yang kaya raya datang membida hak pemilikan. Mereka akan disaring kelayakan dan akan diberikan hak pemilikan.
Kemudian, kelab tersebut tidak boleh menggunakan nama lama mereka. Sama seperti mana yang berlaku kepada Parma, Bari beberapa tahun lalu dan beberapa kelab lain lagi yang pernah muflis.
Tarikh akhir untuk Chievo memiliki pemilikan baharu adalah pada 24 Ogos ini. Dan dikatakan mereka terus gagal mendapatkan pemilik baharu.
Sugulnya bandar Verona
Syarikat Rovigo yang diketuai Sergio Pellisier sebagai CEO baru mereka pula dilihat hilang minat. Walaupun sebelum ini mereka sudah memulakan bidaan.
Pellisier yang kecewa dengan tindakan syarikat itu memuat naik dalam Instagramnya: “Malangnya, pada hari ini, syarikat yang telah membuatkan saya berkorban banyak, ianya adalah hari paling sedih dalam hidup saya.”
“Saya sudah mencuba, dan saya sangat berharap dapat membuka lembaran baharu dengan syarikat lain dan menyambung kisah hebat. Namun malangnya, saya tidak dapat.”
Chievo yang dianggap sebagai kelab utama di Verona bakal lenyap buat selama lamanya. Dengan tinggal Hellas Verona dan Virtus di Serie C.
Pellisier memberitahu peminat Chievo bahawa ramai pemain yang sanggup berkorban demi kelab termasuk menerima gaji sangat rendah. Namun mereka tidak boleh buat apa apa.
Kerana usaha itu tidak cukup. Chievo kelab yang bagus namun gagal untuk melakukan perniagaan. Bola sepak dan perniagaan itu harus selari. Mereka tidak ada pemain yang menarik perhatian kelab besar untuk dibeli dengan nilai tinggi. Misalnya seperti Atalanta. Dan baru baru ini kelab seperti Sassuolo berjaya menjual Locatelli ke Juventus dengan nilai EUR40 juta.
Seterusnya pengurusan tertinggi mereka gagal mencari penaja yang lebih besar. Lebih teruk apabila mereka tersingkir ke Serie B musim lalu. Lagilah sukar.
Kini segalanya nampak mustahil untuk Chievo terus bernyawa. Dan mereka akan menjadi satu lagi kelab yang akan hilang dari piramid bola sepak Itali kerana muflis.
Pellisier: Selamat tinggal sayangku Chievo
Dalam statusnya, Pellisier mengakhirinya dengan menyatakan: “Saya minta maaf kepada kamu semua. Saya cuba membantu kelab mencari penaja namun masa sangat suntuk. Selamat tinggal Chievo yang ku cintai. Bagi aku, kamu tetap yang paling penting dalam hidupku.”