Sedihnya Melihat Ronaldinho

Bekas rakan sepasukan Ronaldinho, Kaka menzahirkan rasa sedihnya melihat keadaan Ronaldinho sekarang.

Kaka dan Ronaldinho merupakan pemain legenda Brazil yang bermain dalam satu generasi pada satu ketika dahulu.

Ketika itu Brazil sangatlah digeruni. Brazil ni memang sebuah pasukan bola sepak yang sentiasa digeruni – cuma masa tu nak cerita tentang sangat digeruni.

Sampaikan satu ketika mereka ada tiga pemenang Ballon D’Or berada dalam satu pasukan beraksi. Ronaldinho, Ronaldo dan Kaka.

Selain daripada kelegendaan beliau dengan Brazil, Ronaldinho turut mencipta nama dengan Barcelona. Menjadi sebahagian penting dalam sejarah Barcelona.

Ronaldinho kini masih berada di Paraguay, menjalani hukuman penjara ke atasnya. Beliau dipenjara kerana memasuki negara Paraguay dengan menggunakan pasport palsu.

Beliau melakukan kesalahan itu bersama dengan abangnya beberapa bulan lalu. Beliau ditangkap di hotel.

Masih tak pasti, apa yang berlegar di kepala Ronaldinho ketika menggunakan pasport palsu itu. Sebab satu dunia kenal dia Ronaldinho dari Brazil.

Kaka sedih melihat Ronaldinho

Kaka sangat simpati dengan apa yang menimpa rakan baiknya itu.

Oleh itu Kaka mendoakan agar Ronaldinho akan cepat dibebaskan dan beliau mahu melihat senyuman lagenda itu ketika keluar penjara kelak.

Bercakap kepada Joga Aberto, Kaka berkata: “Ianya sangat sedih melihat Ronaldinho berada di penjara. Kita tak dapat bercakap banyak sangat akan hal ini kerana tak banyak informasi tentangnya.”

“Cuma bagi kita, bagi saya sebagai kawan saya sangat sedih melihat situasi yang dilalui beliau pada hari ini.”

“Kita semua berharap dapat melihat beliau seperti biasa, seorang yang sentiasa tersenyum dan bermain bola sepak serta seorang yang ceria.”

Penghakiman di Paraguay mengenakan penjara ke atas Ronaldinho. Namun beliau diletakkan di penjara khas. Kerana mengambil kira statusnya dan juga niatnya yang masuk ke Paraguay atas tujuan kebajikan.

Ronaldinho merupakan bintang yang disayangi semua orang. Beliau sangat merendah diri. Ketika di penjara beliau sentiasa tersenyum dengan semua orang.

Baru baru ini, rakannya melawat beliau di penjara menyatakan bahawa Ronaldinho memang insan yang sangat kuat.

Beliau sebenarnya sedang bersedih namun masih lagi mengukir senyuman kepada sesiapa sahaja.

Malah ketika di penjara, Ronaldinho melayan karenah peminatnya yang terdiri daripada polis dan banduan di sana. Ramai yang meminta tandatangan beliau pada baju dan topi mereka.

Ketika di penjara, Ronaldinho turut menyertai pertandingan futsal dan pasukannya menang.

Pada awalnya pihak penjara mahu menjadikannya sebagai tetamu VIP sahaja. Namun begitu Ronaldinho tetap mahu bermain.

Beberapa minggu yang lalu beliau dilihat mengadakan klinik bola sepak di dalam penjara. Ronaldinho memberikan beberapa panduan kepada banduan di sana dan mengajar mereka teknik asas bola sepak.

Baca yang lain

Penyokong Sociedad Ejek Greenwood

Mason Greenwood sekali lagi menjadi serangan lisan berbaur hinaan ke atasnya. Penyokong pelawat, penyokong Real Sociedad telah berkali kali melaungkan Greenwood pergi