Sejarah Bagaimana Nama Tanah Merah Wujud Di Australia

Jika dilihat hanya pada ejaan pada papan tanda, mesti terus agak ianya di Kelantan. Namun sebenarnya papan tanda ini di Ausralia. Sebab tu ada nama dengan bahasa Inggeris pada atas tu.

Tanah Merah memang sinonim dengan Kelantan. Namun tak sangka pula di Australia pun ada ‘klan’ Tanah Merah ni kan?

Seorang pengguna Twitter, Erena Takeuchi berkongsi bagaimana boleh ada nama Tanah Merah di Australia.

SEJARAH TANAH MERAH, AUSTRALIA

Pekan kecil kali ini memang jauh, tapi yang mana mampu pergi, singgahlah sekejap. Nak tahu sama ke tidak, adakah ia macam di Kelantan?

Macam menarik pekan ni. Kenapa nama dia Tanah Merah?

Tanah Merah, Australia terletak kira-kira 30km dari kota Brisbane. Ia terletak di kawasan Majlis Perbandaran Logan City, dengan penduduk kurang lebih 5,000 orang.

Tanah Merah didaftarkan secara rasmi pada tahun 1971 oleh kerajaan Queensland.

Keluarga McBride membuka tanah di kawasan tersebut pada tahun 1952, dengan keluasan ladang lembu 712 hektar (7km²).

Pun begitu mereka dilanda masalah kewangan dan terpaksa menjual tanah tersebut kepada Alan Real Estate.

Alan Real Estate membawa buruh-buruh dari Indonesia untuk mengusahakan ladang ternakan lembu. Secara tidak langsung populasi orang Indonesia sangat ramai di sini.

Di Tanah Merah ada nama jalan bernama Tingi Drive, Goenoeng Drive, Pintu Drive dan Abang Drive.

Pintu Drive ialah jalan masuk pekan ini.

Gambar ni Murray Drive.

Nama asal tempat ini ialah Slacks Creek. Tetapi dua lelaki bernama Jim dan Mave McBride, pengusaha ladang lembu yang pernah tinggal di Pulau Pinang.

Selepas bersara dari tentera, dan British mula mengundurkan tentera dari negara bekas jajahan, McBride beradik mahu pulang.

Mereka melihat kawasan ini tanahnya berwarna merah. Dan sebagai penghormatan mereka terhadap rakan-rakan tentera yang berkhidmat di Malaya, mereka namakan tempat ini dalam bahasa Melayu, Tanah Merah.

Satu kisah yang menarik bukan. Baru tahu ni bahawa di sana ada nama Tanah Merah.

 

Baca yang lain

Penyokong Sociedad Ejek Greenwood

Mason Greenwood sekali lagi menjadi serangan lisan berbaur hinaan ke atasnya. Penyokong pelawat, penyokong Real Sociedad telah berkali kali melaungkan Greenwood pergi