Sejarah Tercipta! PSM Akhirnya Ada Kanvas Sendiri

Setelah sekian lamanya menjadi badan penyelia stadium Perbadanan Stadium Malaysia akhirnya memiliki kanvas sendiri sesuai untuk menutup padang rumput.

Sebelum ini PSM seringkali meminjam kanvas nun dari jauh dari Selatan Tanah Air, dari Johor.

Mujurlah kemurahan hati TMJ dan JDT sanggup meminjamkan kanvas tersebut. Segalanya demi membantu bola sepak negara.

Malaysia seringkali berdepan masalah air bertakung di atas padang. Ini kerana hujan yang terlalu lebat. Sebenarnya perkara ini sudah disuarakan ramai pemerhati bola sepak tanah air.

Salah satu cara paling mudah adalah dengan menggunakan kanvas.

Namun kedegilan dan ketidaksedaran PSM pada masa itu terus berlaku.

Sehinggalah PSM menjadi bahan jenaka ketika mengerahkan staf mengeluarkan air bertakung dengan penyodok sampah, skop dan getah paip.

Pada masa itu media sosial meletus dan PSM akhirnya mengambil langkah untuk meminjam kanvas dari Johor.

Sebelum aksi antara Singapura dan Malaysia, hujan telah turun. Dan kali ini PSM menggunakan kanvas mereka sendiri.

PSM turut mengucapkan terima kasih kepada TMJ yang sebelum ini sanggup meminjamkan kanvas pasukannya untuk kegunaan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

PSM dalam kenyataan rasminya berkata:

“Susulan hujan lebat, para Sukarelawan telah memasang kanvas milik PSM bagi menutup permukaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil menjelang perlawanan antara Malaysia dan Singapura.

Menjunjung kasih kepada TMJ yang meminjamkan kanvas padang sebelum ini kepada PSM.

#AFFMitsubishiElectricCup2022
#25TahunKLSC

Hannah Yeoh
HRH Crown Prince of Johor”

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di