Sekarang Ni Nak Panggil EURO 2020 Atau EURO 2021?

Ramai peminat bola sepak seluruh dunia mulai bertanya, jika kejohanan EURO 2020 dianjak ke tahun 2021, adakah ia akan dipanggil EURO 2021?

Bukan itu sahaja, dari segi nilai komersial dan tajaan juga, benda ini penting untuk diketahui oleh semua pihak.

Sebelum ini UEFA mengesahkan bahawa EURO 2020 akan dianjak ke tahun 2021. Ianya gara-gara wabak koronavirus yang sedang melanda dunia pada hari ini.

Banyak acara sukan di seluruh dunia sudah digantung sementara kerana permasalahan ini.

Eropah antara yang terjejas teruk terutama sekali Itali di mana angka korban Covid-19 di negara tersebut merupakan yang tertinggi di dunia pada ketika ini.

UEFA sahkan nama Euro 2020

Oleh itu, EURO 2020 akan dianjurkan pada tahun hadapan. Kejohanan itu akan diadakan pada 11 Jun – 11 Julai 2021.

Berbalik kepada persoalan, sama ada EURO 2020 akan kekal disebut EURO 2020 ataupun EURO 2021, UEFA sudah mengesahkan nama kejohanan itu tak akan diubah.

Ianya masih kekal dengan nama EURO 2020. Kejohanan EURO 2020 akan menandakan genap 60 tahun penganjuran temasya 4 tahun sekali itu.

 

UEFA dalam kenyataannya berkata: “UEFA hari ini mengumumkan bahawa kejohanan EURO 2020 yang sepatutnya berlangsung Jun dan Julai tahun ini terpaksa ditunda.”

“Kesihatan semua pihak adalah keutamaan kami.”

UEFA juga menyatakan mereka tidak mahu memberikan sebarang kesulitan kepada pihak berkuasa – hanya kerana mahu membantu menganjurkan EURO 2020 di tengah tengah wabak koronavirus.

Jadi, tindakan untuk menunda kejohanan ini ke tahun hadapan iaitu tahun 2021 dianggap paling tepat berdasarkan situasi semasa ketika ini.

“Kami percaya kesemua venue masih sama, dan untuk memastikan kejohanan ini kekal seperti sebelum ini, menjadi kejohanan Eropah yang terbuka.”

EURO merupakan salah satu kejohanan terbesar dalam kalendar bola sepak Eropah selain daripada kejohanan antara kelab seperti Liga Juara Juara Eropah.

Ia adalah kejohanan yang menjadi tumpuan dunia kerana menyenaraikan pasukan terbaik di Eropah yang sarat dengan bintang bola sepak dunia.

Edisi terakhir sebelum ini dimenangi oleh Portugal. Mampukah pasukan Portugal mempertahankan kejuaraan mereka pada edisi akan datang ini?

Bahaya Covid-19

Covid-19 telah memberikan banyak impak kepada acara sukan di dunia. Virus yang mulai merebak dari Wuhan itu telah menjadi ancaman global.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan darurat kesihatan ketika virus ini semakin kritikal di China sejak akhir tahun 2019.

Buat masa ini masih belum ada vaksin dan penawar untuk wabak ini.

Jadi, amat penting untuk mencegah wabak ini daripada terus merebak. Ianya dengan mengikuti arahan pihak berkusa dan sentiasa menjarakkan diri daripada satu sama lain.

Banyak negara sudah mengenakan peraturan lockdown dan juga berusaha untuk meratakan lengkungan graf wabak.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di