Selangor vs Perak: Derbi Brendan Gan

Beberapa bulan lalu para penyokong Perak mengucapkan selamat tinggal kepada salah seorang pemain mereka sayangi iaitu Brendan Gan. Ucapan selamat tinggal itu dibuat selepas aksi cemerlang Gan bersama skuad kebangsaan.

Jadi perlawanan di antara Selangor menentang Perak saya gelarkan dia sebagai Derbi Brendan Gan.

Gan merupakan pemain yang boleh diangkat sebagai legenda pasukan Perak. Bangkit daripada detik sukar dalam karier dan menyertai pasukan Perak.

Mehmet Durakovic dan staf kejurulatihan Perak pastinya berhak menerima kredit di atas kebangkitan semua Brendan Gan.

Beliau merupakan pemain yang dikenali dengan kerajinan, disiplin dan dedikasi. Walaupun kadangkala aksinya agak keras di dalam padang namun itu biasalah dalam diri seorang defensive midfielder.

Namun itu tidak membuatkan Gan menjadi bad boy. Beliau pemain yang dihormati rakan dan lawannya di dalam dan di luar padang.

Komitmen beliau untuk pasukan kelab dan juga kebangsaan juga sentiasa membuatkan Gan sangat dekat di hati peminat.

Gan akan meninggalkan satu lohong besar untuk diisi selepas ini. Beliau mengisi tempat atas kapasiti pemain Malaysia.

Beliau telah menjadi nadi kepada pasukan Perak terutama sekali era Mehmet Durakovic sebagai box to box yang penting.

Magis gol penyamaan pada final Piala Malaysia 2018 pasti akan diingati selamanya oleh penyokong Perak.

Beliau menjaringkan gol pada saat akhir untuk memastikan Perak bangkit daripada ‘kematian’ pada malam itu dan memenangi piala berprestij itu.

Ia adalah gol yang menjadi pengakhiran kemarau 18 tahun Piala Malaysia di bumi Perak.

Gan menjadi pemain terbaik perlawanan final.

Pada akhir musim 2019 memang sudah ada desas desus Gan akan pergi mencari cabaran baharu. Namun beliau melakukannya dengan cara sangat profesional.

Menghormati kontraknya dan tidak langsung berbicara soal itu kerana fokus kepada tugasan antarabangsa bersama Malaysia.

Kau bayangkan, dia baru sahaja menjadi ayah dan sedang memikirkan soal masa depan di MSL. Tetapi Brendan Gan berjaya membantu Malaysia memenangi 3 perlawanan antarabangsa.

Ini termasuk 2 perlawanan kelayakan Piala Dunia. Salah satu daripadanya aksi terbaik Gan dalam persalinan Harimau Malaya. 1 gol dan 1 assist yang licik.

Beliau membuatkan Penyokong Perak semakin sukar menantikan hari yang tak nak mereka dengar iaitu Gan pergi ke pasukan lain.

Ramai terus berharap pengurusan Perak berbuat sesuatu untuk melakukan apa sahaja agar Brendan Gan terus kekal.

Jeneral Harimau Malaya yang menjadi kegerunan lawan pada aksi antarabangsa itu adalah milik mereka. Mereka mahu Jeneral itu terus bersama mereka.

Namun itulah bola sepak. Segalanya yang bermula pasti akan berakhir. Pada 28 November 2019, Brendan Gan mengucapkan selamat tinggal kepada Sang Seladang.

Beliau ternyata sukar untuk membuat keputusan pada kali ini. Perak pasukan yang telah menjadi pasukan penting dalam kariernya.

Gan ke Selangor

Selepas satu perpisahan yang sangat suka, Brendan Gan akhirnya memutuskan untuk menyertai pasukan Selangor.

Gan menyatakan beliau mencark cabaran baharu di dalam kariernya.

Brendan Gan meninggalkan Perak dengan sejarah dan juga legasi sebagai salah seorang box to box yang akan dikenang penyokong Perak sampai bila bila.

Walaubagaimanapun pastinya tidak susah untuk penyokong Perak mengucapkan selamat maju jaya kepada pemain yang telah membuktikan beliau sentiasa memberikan 100% di atas padang.

Dan pada malam ini Beliau akan menjamu bekas pasukannya Perak. Yang menjadi pasukan penting di dalam sebab kitar semula di dalam period selepas pasukan Kelantan.

Baca yang lain

Ralf Ragnick Rasmi Tolak Bayern Munich

Ralf Rangnick secara rasminya menolak tawaran untuk menjadi pengurus Bayern Munich. Nama Poknik sebelum ini mulai dikaitkan dengan Bayern setelah kelab itu