Selepas 26 Tahun, Pirelli Tak Lagi Jadi Penaja Depan Jersi Inter, Evergrande Group Dijangka Ambil Alih

Pirelli merupakan sebuah jenama yang sangat sinonim dengan Inter Milan. Dan pihak Inter sudah mengesahkan bahawa musim ini adalah yang terakhir untuk kerjasama kedua dua kelab tersebut.

26 tahun lamanya syarikat tayar itu menjadi penaja baju Inter Milan. Telah ramai pemain yang ikonik memakai jersi tersebut sejak mereka mulai menaja Inter pada 1995/96 termasuk Ronaldo, Roberto Carlos, Adriano, Wesley Sneijder, Zlatan Ibrahimovic, Zanetti dan ramai lagi.

Dengan Pirelli, Inter Milan memenangi 5 kejuaraan Serie A, 4 Coppa Italia, 1 UEFA Cup, 1 UCL, 1 Piala Dunia Kelab dan tak lupa kejayaan treble tunggal kelab Itali.

Pirelli juga mengesahkan bahawa mereka sudah berunding dengan Inter Milan untuk melanjutkan tajaan namun ianya gagal mencapai kesepakatan. Namun Pirelli menegaskan bahawa hubungan baik mereka dengan Inter akan terus terpelihara.

Tahun lalu, publikasi di Itali melaporkan bahawa syarikat konglomerat China, Evergrande Group dijangka akan menggantikan Pirelli selaku penaja depan jersi.

Sempre Inter menyatakan bahawa Evergrande Group merupakan calon paling utama ketika ini untuk mendapatkan hak penajaan itu berbanding dengan yang lain.

Inter kini masih risau dengan situasi kewangan kelab mereka. Walaubagaimanapun, Suning Group berikrar akan terus melabur dalam kelab Itali tersebut.

Dan mereka dikatakan dalam proses menutup operasi kelab yang mereka miliki di China Super League iaitu Jiangsu FC.

Ini kerana fokus Suning sekarang adalah Inter Milan dan projek yang lebih besar bersama pasukan tersebut. Tindakan mereka menamatkan operasi kelab yang menjadi juara CSL itu mendapat banyak reaksi. Ramai yang kecewa dengan mereka.

Namun Jiangsu beterusan rugi dengan bil gaji pemain yang tinggi, namun pendapatan rendah. Manakala pandemik telah memburukkan lagi keadaan.

Tidak pasti sama ada Suning akan memberikan hak penajaan kepada Evergrande Group. Namun yang pasti Pirelli sudah mengesahkan bahawa mereka dan Inter Milan sudah menamatkan kerjasama lebih dua setengah dekad.

Baca yang lain

Ralf Ragnick Rasmi Tolak Bayern Munich

Ralf Rangnick secara rasminya menolak tawaran untuk menjadi pengurus Bayern Munich. Nama Poknik sebelum ini mulai dikaitkan dengan Bayern setelah kelab itu