Selepas Lukaku, Giliran Insigne Pecat Raiola Kerana Lembap

Sebelum ini Romelu Lukaku menjadi pemain yang memecat Mino Raiola kerana tidak suka dengan ejen tersebut yang suka menimbulkan masalah dengan kelab.

Raiola dipecat Lukaku pada Disember 2018.

Lukaku mahu memastikan usahanya meninggalkan Man United secara baik terlaksana. Beliau tidak mahu menimbulkan sebarang masalah ketika meninggalkan United.

Oleh itu, Lukaku tidak rasa Raiola orang yang mampu melakukan perkara itu tanpa kontroversi.

Lukaku melantik Federico Pastorello sebagai ejen baharu beliau. Dan Federico Pastorello berjaya membantu Lukaku berpindah ke Inter Milan tanpa ada isu dengan Man United.

Ole Gunnar Solskjaer sendiri pernah mendedahkan bahawa Romelu Lukaku sudah berjumpa dengan beliau secara baik untuk meminta dilepaskan ke Inter Milan, beberapa bulan sebelum musim berakhir.

Terbaru kapten Napoli, Lorenzo Insigne dilaporkan telah mengambil langkah serupa dengan memecat Mino Raiola.

Insigne dilaporkan mahu mencari ejen yang lebih baik daripada Raiola. Beliau menyertai agensi Raiola sejak 2018.

Raiola merupakan super agent yang memiliki klien seperti Paul Pogba, Zlatan Ibrahimovic dan Gianluigi Donnarumma.

Sky Sports Itali dan TV Luna sudah mengeluarkan berita tentang perkara tersebut.

Sebelum ini Insigne pernah cuba meminta Raiola mencari potensi kelab baharunya. Namun masalahnya, ejen itu lebih sibuk fokus kepada Paul Pogba dan bergaduh dengan Man United.

Raiola dilihat hanya cuba menjaga kebajikan Paul Pogba dan barulah pemain lain.

Pada ketika ini, situasi kontrak Lorenzo Insigne di Napoli agak rumit. Beliau masih ada baki kontrak kurang dua tahun.

Buat masa ini, tiada tanda-tanda pemain tersebut akan melanjutkan kontrak di San Paolo.

Namun Insigne tidak menolak kemungkinan untuk terus kekal di Napoli, kerana sebelum ini beliau pernah menyatakan mahu kekal di Napoli untuk sepanjang kariernya.

Insigne merupakan antara pemain yang sangat rapat dengan pengurus semasa mereka Gennaro Gattuso.

Gattuso boleh menjadi faktor penting untuk memujuk pemain itu terus kekal bersama Napoli.

Football Italia juga melaporkan bahawa Lorenzo Insigne melantik Vincenzo Pisacane sebagai ejen baharu beliau.

Ejen tersebut memiliki beberapa klien di Itali seperti Danilo D’Ambrosio, Gennaro Tutino dan Amato Ciciretti.

Lorenzo Insigne merupakan pemain penting Napoli. Beliau merupakan pemain kebangsaan Itali.

Prestasi beliau bersama Napoli, terutama sekali sejak era Sarri sangat konsisten.

Beliau ada;ah pemain yang boleh bermain di pelbagai posisi di serangan termasuk false number 9.

Ketika ini beliau dikaitkan dengan beberapa kelab di dalam Itali dan juga di luar Itali.

Namun Napoli masih yakin bahawa pemain tersebut akan terus kekal bersama dengan mereka.

Napoli juga pening dengan kontrak pemain seperti Dries Mertens yang bakal menjadi pemain free agent selepas ini.

Selain daripada itu, Napoli juga sedang bergelut untuk memujuk Koulibaly terus kekal bersama dengan mereka.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan