Selepas Matt Hardy Umum Bersara, Jeff Hardy Membuat Kemunculan Semula

Bekas Juara Dunia WWE, Jeff Hardy telah mengumumkan bahawa beliau akan kembali beraksi tidak lama lagi.

Jeff merupakan seorang penggusti yang sangat berkarisma, Jeff mula dikenali dalam arena gusti ketika beliau berganding bersama Matt dan membentuk regu Hardy Boyz.

Kalau korang masih ingat perlawanan paling epik dalam sejarah regu WWE adalah TLC Match dan perlawanan itu merupakan persembahan paling dasyat dan paling tidak boleh dilupakan oleh peminat.

Dalam perlawanan itu telah menemukan Edge dan Cristian, Hardy Boyz dan Dudley boyz. Disitulah antara moment Jeff Hardy mendapat perhatian ramai.

Siapa sangka dari penggusti kelas Lightweight kemudian beraksi dalam kejuaraan regu dan di penghujung karier beliau di WWE ketika itulah Jeff berjaya menjadi Juara Dunia.

Jeff kemudian mengembara beraksi di pelbagai arena gusti underground seluruh dunia dan mencipta nama disana.

Beliau kembali semula ke WWE ketika Acara WrestleMania 33 bersama Matt.

Kemunculan semula mereka ketika itu sangat mengejutkan dan menjadi berita yang paling sensasi untuk semua peminat gusti seluruh dunia.

Lihat saja bagaimana reaksi penonton ketika kemunculan semula mereka ke WWE

Jeff kemudian menghilang lagi kerana kecederaan dan kini beliau sudah bersedia untuk kembali beraksi.

Dalam satu temu bual dibelakang pentas, Jeff telah menjawab beberapa soalan yang ditanya oleh peminat.

Seorang peminat bertanya kepada Jeff, sekiranya beliau harus kembali beraksi dalam kategori regu, siapakah regu terbaik pilihan beliau. Jeff dengan yakin dan pantas menjawab:

“Tiada dakwa dakwi lagi, orangnya adalah R-Truth. Kami sama-sama meminati muzik, dan saya rasa kami berdua saling melengkapi.”

Jika berpeluang untuk berlawan dengan mana-mana penggusti dari NXT siapa pilihan Jeff?

“Kalau penggusti dari NXT saya memilih Roderick Strong, saya suka cara dia, lagipun saya tidak pernah bersemuka dengan beliau”

Jeff merupakan seorang penggusti paling populer sekitar tahun 2000. Bersama Matt, mereka berdua telah memenangi sembilan kali gelaran regu dunia WWE.

Jeff antara penggusti kegemaran pada tahun 2008/09 dengan berjaya menjadi Juara Dunia sebanyak tiga kali.

R-Truth pula selepas zaman kegemilangan beliau menjadi bintang utama WWE, beliau sekadar menjadi pelawak sahaja dalam setiap kemunculannya.

Sedih juga melihat nasib R-Truth yang sudah tidak mendapat tempat sebagai penggusti utama dalam WWE.

R-Truth kini merupakan Juara 24/7 WWE untuk kali ke-34 dan beliau juga merupakan individu penting yang mengurus Channel Youtube untuk WWE.

Daripada langsung tak diperlukan, kira masih baguslah Vince tidak lupakan R-Truth, kalau Jeff betul-betul berganding dengan Truth untuk kategori regu pasti menarik untuk kita tonton.

Adakah Jeff akan kembali untuk beraksi dalam perlawanan merebut kejuaraan?

Atau adakah Jeff akan kembali untuk menentang Randy Orton yang kini menjadi seteru Matt dan Edge?

Sama-sama kita tunggu dan lihat.

Baca yang lain

Sancho Tak Mahu Pulang Ke United

Koresponden Patrick Berger mendedahkan bahawa Jadon Sancho sudah tak ada hati untuk bermain untuk Manchester United lagi. Pemain itu tidak mahu kembali