Serampang Dua Mata, Ronaldo Turut Ada Klausa Bekerjasama Dengan Messi Jadi Duta Arab Saudi

Cristiano Ronaldo nampaknya mempunyai klausa istimewa di Al Nassr. Di mana Cristiano Ronaldo akan bekerjasama dengan Lionel Messi sebagai duta untuk Arab Saudi dalam usaha negara tersebut membida menjadi tuan rumah Piala Dunia 2030.

Al Nassr bukan mendapatkan Ronaldo untuk mereka semata mata. Namun untuk membantu negara Arab Saudi itu sendiri. Ianya dianggap tanggungjawab nasional.

Beberapa bulan lalu, Cristiano Ronaldo dan Manchester United mencapai kesepakatan untuk menamatkan kontrak atas persetujuan bersama.

Penamatan itu tidak melibatkan sebarang pampasan. United setuju untuk menjadikan Ronaldo ejen bebas. Ronaldo pula setuju untuk tidak menuntut baki gajinya di kelab itu.

Selepas meninggalkan Man United, kelab Arab Saudi, Al Nassr terus memulakan langkah pro aktif memburu Ronaldo.

Walaupun awalnya Abang Do tidak bersetuju untuk ke Arab Saudi, namun akhirnya pujukan Al Nassr berjaya mencairkan hati beliau.

Ini sebenarnya bukan pertama kali Ronaldo menerima tawaran daripada Arab Saudi. Sebelum ini, dilaporkan sebuah kelab dari negara tersebut menawarkan kontrak tak masuk akan untuk mendapatkan Ronaldo.

Namun Ronaldo menegaskan bahawa dia hanya akan meninggalkan Man United ke kelab yang bermain di UCL.

Erik Ten Hag pada masa yang sama tidak mahu melepaskan Ronaldo.

Kelab tersebut juga dikatakan menawarkan gaji tak masuk akal kepada Ronaldo. Maka ramai percaya kelab yang sama adalah Al Nassr.

Ronaldo menerima gaji tertinggi dalam sejarah bola sepak dan juga sukan.

Dia menerima €200 juta pakej secara keseluruhan dengan €75 gaji asas sementara €80 juta bayaran untuk hak imejnya yang akan dijamin menjadi miliknya. Bakinya lagi adalah bonus bonus khas berkaitan prestasi dan juga tajaan lain.

Ronaldo akan bekerja sebagai pemain Al Nassr sehingga Jun 2025.

Selain tempoh kontrak dan gaji mewah, Ronaldo sebenarnya mendapat klausa istimewa.

Mirror UK melaporkan bahawa Ronaldo turut menerima tugasan untuk menjadi duta Arab Saudi.

Ini bermakna Ronaldo akan berkerja untuk mempromosikan Arab Saudi dalam perebutan sebagai hak untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2030.

Arab Saudi sudah memulakan usaha untuk melobi hak menjadi tuan rumah Piala Dunia 2030. Menurut laporan, Arab Saudi akan menganjurkan Piala Dunia 2030 bersama sama dengan Mesir dan Greece.

Ini juga bermakna, Ronaldo akan bekerjasama dengan Lionel Messi dalam menjadi duta promosi untuk negara tersebut.

Hal ini kerana, sebelum Ronaldo menerima tawaran Al Nassr, Lionel Messi sudah terleibih dahulu diikat oleh negara tersebut untuk menjadi duta pelancongan negara tersebut.

Messi sudah rasmi menjadi duta pelancongan Arab Saudi sejak Mei 2022 lagi.

Tujuan utama melantik Messi itu pastinya untuk mengukuhkan kedudukan Arab Saudi sebagai calon pembida hak tuan rumah Piala Dunia 2030.

Kehadiran Ronaldo akan menguatkan lagi publisiiti negara Arab itu untuk membida hak tersebut.

Oleh sebab itu, nilai komersial menjadi antara sebab kenapa kontrak Ronaldo sangat besar di negara itu sehingga 2025.

Kejayaan Messi menjulang Piala Dunia 2022 bersama Argentina baru baru ini dianggap akan lebih membantu dalam usaha negara tersebut menguatkan pengaruhnya dalam melobi hak menjadi tuan rumah.

Bukan itu sahaja, di atas padang, kejayaan Arab Saudi menewaskan Argentina dalam Piala Dunia 2022 dan prestasi meyakinkan mereka dalam kempen Piala Dunia yang lalu juga bukti bahawa negara tersebut sudah memulakan langkah serius sebagai tuan rumah.

Ronaldo dalam kenyataan medianya ketika menyertai Al Nassr menyatakan bahawa dia juga teruja melihat prestasi pasukan Arab Saudi pada Piala Dunia 2022.

Pemilik kelab Al Nassr sendiri sudah memberitahu media bahawa kehadiran Ronaldo bukan sahaja untuk membantu menaikkan kualiti Al Nassr malah membantu dalam pembangunan bola sepak lelaki dan wanita di negara tersebut.

“Saya teruja untuk mengalami liga bola sepak baharu di negara berbeza,” kata Ronaldo dalam kenyataan kepada laman rasmi Al-Nassr.

“Visi tentang apa yang dilakukan dan dibangunkan oleh Al Nassr di Arab Saudi sama ada dari segi bola sepak lelaki dan wanita sangat memberi inspirasi.”

“Kita dapat lihat daripada prestasi Arab Saudi di Piala Dunia baru-baru ini bahawa ini adalah sebuah negara yang mempunyai cita-cita bola sepak yang besar dan banyak lagi potensi.”

“Saya bertuah kerana saya telah memenangi segala-galanya yang saya impikan untuk menang dalam bola sepak Eropah dan merasakan sekarang ini adalah masa yang sesuai untuk berkongsi pengalaman saya di Asia.”

“Saya sudah tidak sabar untuk menyertai rakan sepasukan saya yang baru dan bersama-sama mereka untuk membantu kelab untuk mencapai kejayaan.”

“Ini lebih daripada sejarah dalam pembikinan,” tambah presiden Al-Nassr Musalli Almuammar.

“Ini adalah penandandatangan yang bukan sahaja akan memberi inspirasi kepada kelab kami untuk mencapai kejayaan yang lebih besar tetapi memberi inspirasi kepada liga kami, negara dan generasi akan datang, lelaki dan wanita untuk menjadi versi terbaik diri mereka.”

“Beliau adalah pemain bola sepak yang istimewa dan orang istimewa yang impaknya dirasai jauh melebihi bola sepak.”

“Cristiano menyertai kelab yang mempunyai cita-cita besar, sebuah kelab yang kompetitif serta antara yang terbaik di Asia dan akan dialu-alukan ke negara yang membuat kemajuan besar di luar padang dengan peluang untuk semua.”

“Tetapi pertama sekali, kami tidak sabar untuk melihatnya dalam jersi nombor 7 Al Nassr dan melakukan yang terbaik, menjaringkan gol, memenangi gelaran dan membawa kegembiraan kepada mereka yang menyukai permainan yang indah.”

Segalanya nampak serba serbi menjadi buat Arab Saudi ketika ini. PSG sebelum ini sudah mengumumkan mereka akan mengadakan aksi persahabatan pertengahan musim di Arab Saudi dan dijangka akan berdepan kesebelasan terbaik Al Nassr dan Al Hilal.

Ini juga akan membolehkan pertemuan pertama Messi dan Ronaldo di atas padang setelah sekian lama.

Ia juga penting kepada promosi untuk bola sepak negara Arab Saudi.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di