Shadab Iftikar: Pengurus FM Yang Menjadi Pengurus Sebenar, Bekas Ahli Scouting Roberto Martinez

Segalanya bermula dari sebuah meja makan di Preston pada 1996, di mana Shadab Iftikhar bermain Football Manager versi terbaru pada ketika itu.

Dia meminta abangnya mengajarnya cara bermain permainan itu. Namun abangnya menolak dan dia menjadi tantrum sehinggakan emak dia terpaksa masuk campur.

Ketika itu Shadab berusia 8 tahun. Dan itulah kali pertama dia berkenalan dengan permainan pengurus bola sepak secara virual itu.

Shadab berkata kepada Sportbible: “Saya tak ingat kali pertama saya bermain game ini. Tetapi saya pernah menguruskan Liverpool dan John Barnes menjaringkan 2 gol menentang Manchester United. Sejak itu Championship Manager, atau Football Manager, telah menjadi sebahagian hidup saya. Menjadi pembelajaran saya dan saya menikmatinya setiap minit.”

Shadab belajar tentang suka duka dunia pengurusan di alam maya. Dan dia tidak pernah berputus asa. Namun dia menjelaskan bahawa: “Saya memang dilahirkan untuk mengurus, simple.”

“Ketika tahun 11, saya diarahkan untuk mengendalikan pasukan sekolah saya. Namun ianya tidak dapat menandingi pengalaman mengendalikan pasukan dengan taktikal serta perbelanjaan jutaan dollar di jendela perpindahan dari kamar tidur.”

“Saya ada buku nota tebal yang sarat dengan laporan setiap pasukan yang akan saya lawan dan bermain permainan ini dengan komitmen tahap tertinggi.”

Ketika perlawanan baharu semakin hampir, Shadab bersiap sedia dengan terbaik yang dia mampu.

“Mungkin kedengaran menyedihkan, apa yang saya buat. Tetapi sebenarnya saya memainkan peranan yang besar untuk masa depan saya. Latihan praktikal terbaik untuk menjadi seorang jurulatih adalah di FM. Saya anggap ianya perkara serius.”

Pada usianya 17 tahun, dia memiliki beberapa siri taktikal yang digunakan untuk menewaskan pasukan handalan Pep Guardiola, salah satu pasukan terbaik dalam bola sepak.

14 tahun kemudian, Shadab benar benar menjadi pengurus untuk sebuah pasukan Liga Highland Scotland iaitu Fort William FC.

Bukan itu sahaja, dia juga pernah berkerja untuk Roberto Martinez ketika persiapan Euro serta pernah menjadi staf kejurulatihan kebangsaan Mongolia. Reputasinya sangat baik.

Cabaran terbesar beliau sekarang adalah menguruskan pasukan beliau sendiri di Scotland. Roberto Martinez antara individu yang pernah memuji Shadab sebagai seorang yang berbakat besar dalam pengurusan bola sepak.

Shadab melakukan kerja separuh masa ketika belajar dalam bidang sarjana pengurusan perniagaan. Dan dia pernah memutuskan untuk meluangkan masa seminggu yang dia ada untuk fokus kepada Valencia yang diuruskannya dalam FM.

Dia mengambil cuti seminggu kerana pasukannya di FM ketika itu sedang dalam minggu penting. Bersaing dalam Copa Del Rey dan UCL.

Shadab membuatkan Pablo Aimer dan Mista menjaringkan gol sesuka hati mereka di dunia FM.

“Saya mengambil cuti seminggu untuk memastikan Valencia menamatkan musim pertama bersama saya di tempat terbail. Saya ada pertandingan penting dalam Copa Del Rey dan UCL. Dan kami berjuang untuk kejuaraan La Liga. Jadi, saya perlu memberikan komitmen 100%.”

“Minggu itu fokus saya adalah kepada FM sahaja. Itu adalah minggu terbaik dalam hidup saya. Saya bangun setiap pagi dan membuka FM. Hanya tuhan je tahu bila masa saya akan habis. Saya ketagih dengan FM? 100% ya!.”

Kemudian Shadab menguruskan pasukan 8 sebelah di Hesketh Bank. Dia ketika itu benar benar mahu berjumpa dengan Roberto Martinez, yang menguruskan Wigan masa tu. Dia sangat sangat meminati Roberto Martinez.

Dia berharap akan dapat bertemu Roberto Martinez. Dan akhirnya dua berjaya atas bantuan seseorang bernama Collin. Collin menyatakan bukan mudah untuk dia bertemu Martinez.

Namun Shadab berjanji, pertemuan itu akan mengujakan Roberto Martinez. Akhirnya mereka berjumpa dan bercakap.

Selepas berjumpa dengan Shadab, ternyata Roberto Martinez kagum dengan dedikasi dan cara scouting Shadab. Dan dia menawarkan diri untuk menyediakan laporan scouting pasukan seterusnya yang akan dihadapi Wigan.

Sejak daripada hari itu, dia  meluangkan masa 2 musim bersama Wigan menjadi pemantau pasukan lawan. Dia menyediakan laporan kekuatan dan kelemahan lawan menggunakan Wyscout.

Shadab menganggap pengalaman itu sebagai tidak ternilai harganya dibandingkan dengan wang. Itu juga turut menjadi turning point terbesar dalam karier seorang pengurus FM.

Roberto Martinez mempercayai bakatnya.

“Dia memberikan peluang kepada budak 22 tahun masa tu, walaupun dia tak kenal sangat saya.”

“Sekarang ni kita bercakap tentang pengurus EPL. Ketika itu di tengah minggu, ada game pada Sabtu, itu adalah masa yang sukar namun dia memberikan saya masa untuk membuat laporan saya. Sedangkan dia tak perlu pun nak menunggu laporan saya [yang biasa biasa je kerana Martinez ada team scouting sendiri].”

“Itu juga menggambarkan sendiri siapa dia. Martinez adalah insan yang sanggup mendengar pandangan sesiapa sahaja. Seorang yang sangat baik. Bila bercakap dengan dia, kamu terasa ianya sangat besar. Kamu terasa lebih tinggi dan lebih hebat. Dia sentiasa tahu apa yang dia katakan.”

Ketika Martinez ke Everton, Shadab terus diberikan kepercayaan oleh Martinez untuk menyediakan laporan scouting lawan mereka seperti biasa. Shadab diberikan kebebasan untuk melaporkan dengan cara dia sendiri.

Hubungan Shadab dengan Martinez membuatkan mereka bekerjasama sekali lagi dalam Euro 2020. Ianya dianggap detik terbaik dalam hidup Shadap. Dan kemudian Shadab menjadi pengurus pasukan Liga Perdan Mongolia iaitu Bayangol FC.

Kini beliau bersama dengan Fort William. Dan ianya mungkin akan menjadi titik tolak kepada karier yang lebih besar selepas ini. Siapa tahu, ke EPL di masa akan datang?

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di