Sheikh Jassim Minta Pertolongan Nasser Khelaifi Pujuk Glazer Dan Masalah Lain Timbul

Nasser Al Khelaifi kini dilaporkan menjadi antara individu yang cuba membantu Sheikh Jassim memujuk Glazer agar menjual Man United kepada mereka.

Sebelum ini sudah 3 tawaran, kesemuanya di atas rekod dunia dalam pembelian kelab bola sepak, dibuat oleh Sheikh Jassim.

Sheikh Jassim sebelum ini menyatakan bahawa mereka tidak akan melakukan bidaan lagi. Tetapi akhirnya Sheikh Jassim cuba memujuk Glazer untuk menerima bidaan mereka.

Dan dilaporkan bahawa Sheikh Jassim telah meminta bantuan Nasser Al Khelaifi dalam rundingan itu.

Perkara itu telah membawa kepada satu lagi masalah baharu. Kerana jika pengambilalihan itu berlaku, ianya mungkin akan mendapat tentangan daripada UEFA.

Hal ini kerana Nasser Al Khelaifi adalah pemilik PSG.

Sheikh Jassim dan manusia terkaya di Britain, Sir Jim Ratcliffe adalah dua nama yang dipilih Glazer sebagai calon pemilik baharu kelab itu.

PSG ketika ini dimiliki oleh Qatar Sports Investments, dan ada pihak mulai menuduh adakah QSI ada kaitan dengan pemilikan United apabila Sheikh Jassim memenangi bidaan itu kelak.

Jika Nasser Al Khelaifi ada kepentingan dalam pemilikan United, maka UEFA boleh menggugurkan salah satu nama pasukan, sama ada PSG atau Man United daripada pertandingan UCL.

Hal ini kerana, UEFA tidak membenarkan 2 pasukan yang dimiliki pemilik yang sama beraksi dalam satu pertandingan.

The Athletic sebelum ini melaporkan bahawa jika Sheikh Jassim memenangi bidaan mendapatkan Man United, pemilikannya di United tiada kaitan dengan PSG.

Cuma masalah kini timbul apabila laporan menyebut Nasser Al Khelaifi dilantik menjadi salah seorang individu yang aktif berunding dengan Glazer

Pihak Sheikh Jassim menerusi Yayasan 92 mendakwa mereka adalah entiti bebas dan tiada kaitan dengan QSI.

Dan Sheikh Jassim menjelaskan bahawa, Nasser Al Khelaifi hanya menjadi penasihat bebas yang dilantiknya. Kerana kepakaran rakan senegaranya itu dalam isu melibatkan pembelian kelab dan pemilikan kelab di eropah.

Apa yang pasti situasi ini mulai membuatkan beberapa pihak cuba mengaitkan Sheikh Jassim dan Nasser Al Khelaifi ada kaitan yang kuat dalam perkongsian perniagaan.

Baca yang lain

Sancho Tak Mahu Pulang Ke United

Koresponden Patrick Berger mendedahkan bahawa Jadon Sancho sudah tak ada hati untuk bermain untuk Manchester United lagi. Pemain itu tidak mahu kembali