Side Mirror Punca Pemandu Mabuk Mengamuk Langgar Orang Awam Dan Maki Polis

Cermin sisi kereta diketuk menjadi punca seorang pemandu pacuan empat roda mengamuk dan merempuh orang awam serta gerai di kawasan tapak peniaga di Bukit Sentosa, dekat Hulu Selangor, semalam.

Semalam telah tular, seorang pemandu yang didapati memandu secara melulu sehingga merempuh dan mencederakan orang awam yang sedang membeli juadah berbuka puasa di tapak bazar Ramadan Bukit Sentosa, Rawang sebelah petang semalam.

Lelaki yang hilang akal memandu sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux berwarna hitam telah melanggar beberapa orang lelaki yang cuba menghentikan kenderaan tersebut. Mujur tiada nyawa yang melayang menurut laporan setakat ini.

Namun aksi lelaki itu sangat bahaya dan boleh mengakibatkan kemalangan jiwa. Orang ramai di situ terkejut dan cemas dengan apa yang mereka lihat.

Perlakuan pemandu kenderaan itu menjadi tular menerusi dua video berdurasi 44 minit dan 1 minit 9 saat yang dikongsi di media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arshad Kamaruddin berkata, selepas mengamuk di Bazar, lelaki itu meroyan dan memaki hamun anggota polis bertugas di kaunter pertanyaan Balai Polis Bukit Sentosa.

Polis di situ diserang dengan kata-kata kesat oleh suspek berusia 32 tahun itu 6.35 petang semalam.

Superintendan Arsad Kamarudin berkata: “Selepas itu, suspek keluar dari Balai Polis Bukit Sentosa dengan tergesa-gesa sebelum lima minit kemudian dia meluru masuk ke balai dengan memandu kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux.”

“Beberapa orang awam dilihat mengejar suspek kerana dia melanggar orang awam di lokasi berkenaan.”

Arshad semalam berkata, siasatan awal mendapati suspek dipercayai dalam keadaan mabuk dan memaki hamun anggota polis yang bertugas di kaunter pertanyaan Balai Polis Bukit Sentosa.

“Suspek kemudian pergi ke tapak penjaja yang dikumpulkan setempat di Persiaran Orkid, Bukit Sentosa dan melanggar orang awam dan gerai makanan di bazar itu.

“Ekoran kejadian ini, lima orang awam termasuk seorang wanita berusia antara 40 hingga 50 tahun cedera dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini, dua kereta, dua motosikal dan dua khemah di tapak perniagaan itu rosak akibat dilanggar suspek.

Menurutnya lagu terdapat lima laporan polis diterima daripada orang awam membabitkan peniaga gerai yang cedera serta mengalami kerosakan gerai.

“Suspek ditahan dan siasatan lanjut berhubung kejadian itu sedang dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis 1967 dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Hari ini Berita Harian melaporkan lelaki tersebut mengambuk hanya kerana cermin sisi keretanya diketuk.

Hari ini, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamarudin, berkata ia selepas suspek yang disyaki mabuk itu tidak berpuas hati terhadap tindakan seorang lelaki mengetuk cermin keretanya ketika dia membunyikan hon untuk melepasi jalan sesak berhampiran Jalan Besar Bukit Sentosa.

“Dalam kejadian pada jam 6.35 petang, lima individu termasuk seorang wanita turut dilaporkan cedera akibat dirempuh kereta suspek.
“Kesemua mangsa berusia antara 40 hingga 50 tahun itu dikatakan berada dalam keadaan stabil,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Arsad berkata, pihaknya menerima lima laporan daripada orang awam yang terkesan dengan insiden itu.

“Setakat ini, kita kenal pasti dua kereta, dua motosikal dan dua khemah di tapak perniagaan rosak kerana dilanggar kereta suspek.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis 1967 dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Terdahulu, polis dilaporkan menahan suspek bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Beberapa klip video insiden berkenaan tular di media sosial antaranya memaparkan beberapa anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan orang awam membaling kayu dan objek keras ke arah kereta itu yang dipandu secara melulu.

Macam setan juga perangainya.

Baca yang lain