Sign Pesalah Rogol, Kelab Ini Hilang Penaja, Staf Letak Jawatan Dan Kapten Pasukan Wanita Angkat Kaki

Raith Rovers tiba tiba menjadi perhatian ramai apabila mereka menandatangani semula David Goodwillie yang pernah mereka pinjam sebelum ini.

Seterusnya pasukan wanita mereka memutuskan hubungan dengan kelab dan meminta untuk menggunakan logo dan nama pasukan lain bagi membolehkan mereka terus bertanding dalam pertandingan wanita. Ketua pasukan wanita mereka iaitu Tyler Rattray juga sudah meminta penamatan kontrak.

Raith Rovers mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan mereka mendapatkan bekas penyerang Clyde, yang disabitkan dengan kesalahan rogol pada 2017. Di mana mangsanya masih hidup dalam keadaan trauma.

Selepas pengumuman itu dibuat, bukan sahaja, pasukan wanita yang meninggalkan kelab mereka, malah pegawai pegawai kelab termasuk pengerusi yayasan komunti kelab – Judy Hamilton – turut memutuskan untuk meletakkan jawatan. Ini termasuk announcer stadium mereka yang tidak dapat menerima perkara tersebut.

Ramai peminat mahu membatalkan keahlian kelab mereka. Dan mengajak memboikot perlawanan melibatkan Raith Rovers selagi lagi kelab tidak membuang David Goodwillie.

Penaja jersi yang juga merupakan penulis novel terkena, Val McDermid sudah mengesahkan bahawa mereka menamatkan penajaan ke atas kelab dan kini sedia untuk menaja pasukan wanita yang akan direka tanpa ada logo Raith Rovers.

Keadaan menjadi lebih tak terurus apabila kelab mempertahankan tindakan mereka menandatangani Goodwillie atas alasan bola sepak semata mata dan menyatakan bahawa pemain itu memiliki rekod gol yang luar biasa dan boleh membantu kelab.

Dalam kenyataannya, Raith Rovers berkata:

“Seperti yang diumumkan di laman web kita malam tadi, Raith Rovers FC boleh mengesahkan bahawa kita telah menandatangani David Goodwillie daripada Clyde FC.”

“David adalah penjaring gol yang terbukti, dan ini akan menjadi kali kedua beliau bersama kelab, setelah bermain untuk kita secara pinjaman dari Dundee United pada musim 2007-08.”

“Seperti semua pemain baharu, kelab telah mempertimbangkan dengan teliti kedudukan kami sebagai Kelab Komuniti dan kami menghormati sepenuhnya pandangan berbeza di kalangan peminat dan pihak berkepentingan, yang kebanyakannya telah kami bincangkan secara langsung dalam tempoh 24 jam yang lalu dan terus berhubung dengan mereka.”

“Memandangkan David sebelum ini pernah bermain untuk Raith Rovers pada awal kariernya, kami menganggapnya sebagai sebahagian daripada Kelab Bola Sepak Raith Rovers. Pasukan pengurusan sudah biasa dengan kerjaya dan latar belakang David dan – khususnya – keupayaan bola sepaknya.”

“Itulah pertimbangan utama kami, dan kami percaya bahawa dia akan memperkuatkan skuad permainan Raith Rovers.”

“Yakinlah bahawa sebagai sebuah kelab bola sepak komuniti, kami mengakui sepenuhnya pemeteraian ini telah menimbulkan perbezaan pendapat di kalangan peminat setia dan pemegang kepentingan komersial kami; Kami berhasrat untuk membina semula kepercayaan itu.”

“Walaupun mengakui betapa beratnya apa yang berlaku sepuluh tahun lalu, sebagai sebuah kelab kami menyokong penuh pemulihan, dan banyak faktor mempengaruhi pembelian kami.”

“Pertama sekali, ini adalah keputusan berkaitan bola sepak.”

Pada Rabu, Menteri Kanan Scotland, Nicola Sturgeon meminta Raith Rovers mempertimbangkan semula penandatanganan ini. Nicola berkata: “Apa yang [mereka cuba] katakan secara efektit ialah; tidak kira bagaimana sekalipun seorang lelaki melayan seorang wanita, satu-satunya perkara yang penting bagi mereka ialah sama ada dia boleh menjaringkan gol untuk kelab bola sepak itu.”

Dia menambah: “Pemain bola sepak adalah contoh dan kelab bola sepak mempunyai tanggungjawab untuk memastikan mereka menjadi contoh yang positif untuk kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan yang memandang tinggi kepada mereka.”

“Ini adalah pemain yang sudah ada nama di mahkamah sivil, walaupun atas pertimbangan kebarangkalian, telah merogol seorang wanita dan setakat yang saya fahami, dia tidak menunjukkan sebarang penyesalan atau renungan untuk itu. Raith Rovers benar-benar perlu memikirkan mesej yang dihantar.”

Goodwillie dan bekas rakan sepasukannya di Dundee United, David Robertson telah didenda dan disaman kerana kes rogol oleh Denise Clair, yang mengetepikan haknya untuk tidak mahu namanya disiarkan, dalam kes yang dianggap besar pada 2017.

Kedua dua pemain bola sepak itu tidak didakwa, tetapi mahkamah sivil memutuskan bahawa mereka telah merogol Clair selepas bertemu dengannya pada suatu malam di Lothian Barat pada 2011. Clair telah diberikan ganti rugi £100,000. Namun kedua dua pemain itu menafikan dakwaan itu dan membuat rayuan terhadap penghakiman itu, tetapi kalah.

Goodwillie, kini 32, didenda £250 kerana menumbuk seorang lelaki di kelab malam Stirling pada 2008, dan empat tahun kemudian mengaku bersalah menyerang seorang lelaki di pusat bandar Glasgow.

Bekas perdana menteri Gordon Brown, yang bersama-sama dengan McDermid adalah salah seorang penyokong Rovers, salah sebuah kelab paling popular di divisyen kedua Scotland, berkata beliau “tidak boleh menyokong penandandatanganan itu” dan mengutuk sekerasnya jenayag rogol dan keganasan terhadap wanita.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di