Situasi Manchester City, Tekad Mereka Untuk Mendapatkan Harry Kane Dan Jack Grealish

Menurut satu laporan yang dikeluarkan oleh The Athletic, Manchester City akan melancarkan langkah pertama untuk membida Harry Kane.

Pemain ini sedang bercuti selepas menamatkan tugasan bersama England di EURO.

Pada masa yang sama mereka juga mahu membeli Jack Grealish. Dalam laporan tersebut City hanya boleh memilih salah satu dari 2 pemain sasaran kerana harganya terlalu mahal.

Namun City boleh mendapatkan kedua-duanya jika Tottenham dan Aston Villa bersetuju untuk membiarkan mereka pergi.

Pada awal musim, individu penting dalam Manchesther City telah berbincang mereka akan membuat pelaburan besar pada jendela perpindahan kali ini.

Kelab sedar bukan mudah untuk mendapatkan sasaran utamanya dan ia tidak akan datang dengan harga yang murah. City menganggarkan kos £175 juta sehingga £215 juta untuk mendapatkan Kane dan Grealish.

Disebabkan terdapat peraturan financial fair play, City perlu mengimbangi perbelanjaan tersebut dengan menjual beberapa pemain untuk mengimbangi kewangannya.

City bersedia melepaskan beberapa nama besar dan mereka juga mahu melelong beberapa pemain muda yang dilahirkan dari akademiknya.

Sebelum ini City telah mendapat komisen £11.2 juta hasil penjualan Jadon Sancho dari Borussia Dortmund ke Manchester United. Sancho merupakan pelatih City yang dijual ke Dortmund.

Kane merupakan sasaran utama City dan kelab tersebut bertekad untuk menandatanganinya walaupun pengerusi Tottenham, Deniel Levy mahu mengekalkan pemain tersebut.

Ia mungkin akan menjadi perang yang panjang dan mungkin Levy akan menolak kesemua tawaran yang akan dilakukan City walaupun dengan harga yang tinggi.

Apakah pilihan alternatif City yang telah melepaskan Sergio Aguero tanpa pengganti -satu keputusan yang agak berisiko?

Sasaran lain City ialah Darwin Nunez yang berusia 22 tahun kini bersama Benfica. Namun kualiti pemain ini masih jauh berbanding Kane.

Berkaitan Grealish, terdapat keyakinan bahawa kesepakatan boleh diselesaikan dengan cepat.

Menurut individu paling berpengaruh di City dalam membuat keputusan membeli pemain, perjanjian mendapatkan Grealish semakin hampir menjadi kenyataan.

Terdapat klausa tambahan yang membolehkan Aston Villa membeli semula Grealish jika dia tidak lagi diperlukan oleh City pada masa hadapan.

Sumber-sumber di sekitar City menunjukkan syarat-syarat peribadi juga telah dipersetujui dan itulah sebab mengapa khabar angin telah tersebar ketika EURO sedang berlangsung.

Bagaimanapun sumber terdekat dengan Grealish mengatakan dia bersedia menandatangi kontrak baru bersama Aston Villa dan berkata pemain baru yang akan dibawa masuk oleh kelab akan bermain bersama Grealish bukan untuk menggantikannya -sekurang-kurangnya 1 tahun.

Kini Grealish sedang berada di luar negara untuk menikmati cuti hujung musim selepas mengharungi kejohanan EURO. Masa depannya bergantung kepada ejen.

Jika Grealish kekal bersama Aston Villa itu bermakna Grealish membuat pusingan U ketika proses rundingan ke City semakin hampir menemui titik persetujuan.

Grealish dan Kane merupakan sasaran terbesar City bagi mengekalkan kejuaraan yang berjaya diraih olehnya.

Kane secara terbuka menyatakan hasrat untuk mencari pasukan baru yang boleh memberikannya piala yang membawa maksud City hanya perlu berunding tentang harga.

City banyak melakukan persiapan untuk mendapatkan Grealish dan Kane dan mereka tiada perancangan besar untuk menguatkan posisi lain.

Mungkin terdapat penambahbaikan di posisi pertahanan kiri tetapi ia bergantung kepada adakah Benjamin Mendy kekal atau tidak.

Pembelian untuk posisi tersebut mungkin lebih murah iaitu sekitar £50 juta hingga £60 juta -jumlah yang sering dibelanjakan City.

Pada Januari lepas Aymeric Laporte memberitahu niatnya untuk meninggalkan kelab dan Manchester City merancang untuk melabur semula dana yang diperolehi untuk menandatangani center back baru.

Pau Torres berada dalam senarai sasaran kelab dalam pelan penggantian Loporte.

Bagaimanapun pada jendela kali ini Laporte mengalami sedikit kesukaran untuk berpindah ke Sepanyol kerana Barcelona dan Real Madrid sedang mengalami masalah kewangan.

Disebabkan situasi itu pemain kelahiran Perancis yang mewakili Sepanyol ini akan kembali ke Manchester City untuk meneruskan latihan pra musim pada akhir bulan ini.

Calon lain yang mungkin meninggalkan City pada ialah Bernardo Silva dan Gabriel Jesus.

Silva sebelum ini telah memohon untuk berpindah -lebih dari setahun- dan kelab akan merealisasikan permintaannya jika mendapat tawaran dari kelab lain Walaupun Pep Guardiola mahu dia kekal.

Jualan itu membolehkan Manchester City membiayai pembelian Grealish.

Jesus pula telah dikaitkan dengan Juventus namun kewangan kelab tersebut masih belum kukuh, pinjaman dengan option to buy menjadi pilihan bermanfaat kepada dua-dua pihak.

City tidak akan hanya duduk menunggu menanti tawaran dari pasukan lain untuk membeli pemainnya. Mereka menyedari kelab memerlukan aliran tunai untuk membeli pemain baharu.

Raheem Sterling dan Riyard Mahrez telah berada di pasaran tetapi tidak mungkin kedua pemain ini akan keluar pada musim ini.

Mereka berdua mempunyai baki kontrak 2 tahun lagi dan sebarang bidaan pasti akan dilayan kerana nilai mereka masih tinggi.

Mahrez kini berusia 30 tahun yang bermaksud ada tekanan masa untuk dijual sementara itu Sterling lebih santai.

Pemain sayap berusia 26 tahun itu masih mempunyai nilai harga, komersial dan prestasi yang tinggi. City mahu melanjutkan kontrak baharu akan dibuat untuknya.

Pada musim 2017/18 ketika City menguatkan pasukan dengan 5 pamain baharu, kelab banyak meraih wang hasil penjualan prospek mudanya bagi mengimbangi akaun.

Sebagai contoh Jack Harrison dijual ke Leeds United pada harga £11 juta.

Pada hari ini Lukas Nmecha, Pedro Porro, Yangel Herrera dan Ivan Ilic akan cuba dijual pada harga £10 juta bagi setiap pemain.

Pemain sayap berusia 18 tahun, Morgan Rogers yang dibeli dengan harga £7 juta dari West Brom pada 2 tahun lepas juga bakal dijual jika ada pasukan mahukannya.

Rogers dibeli dan dimasukan dalam program emerging talent iaitu sebuah platform untuk pemain muda yang lebih tinggi dari akademik.

Rogers kemudiannya dipinjamkan ke Lincoln City dan membantu kelab tersebut mara ke pusingan Play off pertama dalam sejarah 22 tahun Lincoln.

Bagaimanapun Lincoln gagal mendapat slot promosi ke Championship apabila kalah di tangan Blackpool di perlawanan akhir.

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari