Sokong Tindakan Jerman, Pengurus Norway Label Wenger Dah Kena Pegang FIFA & Keluarkan Kenyataan Bodoh

Pengurus Norway, Stale Solbakken membidas Arsene Wenger dan melabel atok sebagai dah kena pegang atau brainwashed dengan FIFA sejak menjadi Ketua Pembangunan FIFA.

Tidak cukup dengan itu, Solbakken turut melabel Wenger sebagai mengeluarkan kenyataan bodoh untuk seorang yang dia jadikan rujukan selama ini.

Apa yang buatkan Solbakken ni bengangkan?

Wenger dalam analisis Piala Dunianya beberapa minggu lalu, menyatakan bahawa sesebuah pasukan bola sepak itu harus mengenepikan sebarang kempen politik di atas padang kerana ianya akan mengganggu fokus mereka.

Wenger menjelaskan bahawa pasukan yang sibuk dengan protes dan kempen politik akan terkena kesan, gagal memberikan impak dalam perlawanan pembukaan.

Wenger menyokong hujahnya dengan menjelaskan bahawa pasukan yang hadir dengan tumpuan dan mindset yang betul akan mampu melaksanakan tugasan mereka dengan lebih baik.

Jerman tewas dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia 2022. Wenger menganggap tindakan Jerman sibuk untuk memikirkan perkara lain selain bola sepak membuatkan mereka gagal mendapatkan keputusan yang bagus.

Wenger berkata: “Pasukan yang bagus juga mereka yang bersedia secara mental dan mindset untuk fokus dalam pertandingan, bukannya sibuk dengan demonstrasi bantahan politikal.”

Kenyataan Wenger itu dikecam Solbakken. Di mana beberapa bulan lalu dia dan pasukan Norway melakukan bantahan ke atas Qatar.

Mereka memakai T-shirt bertulis Human Rights bersama sama dengan Jerman pada masa itu. Mereka melakukannya semasa kempen kelayakan Piala Dunia.

Bercakap tentang pandangannya ke atas Wenger, Solbakken berkata: “Saya kecewa kerana manusia yang saya pandang sebagai paling bijak di dunia, Arsene Wenger, yang menjadi rujukan saya sejak dari dulu, kini berubah dan otaknya sudah dicuci oleh FIFA sehingga mengeluarkan kenyataan bodoh.”

“Terdapat polarisasi dalam bola sepak hari ini dan saya risau ianya menjadi semakin buruk.”

“FIFA melakukan kegagalan paling besar. Saya rasa tiada siapa selesa dengannya. Pendapat peribadi saya adalah prihatin tentang hak asasi dan bagaimana FIFA mengendalikannya, dan mereka gagal.”

“Saya tak rasa bola sepak dah cukup berusaha, saya tak rasa wartawan cukup berusaha dalam isu ini.”

“Hanya dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kita bercakap, Oh Piala Dunia di Qatar. Beberapa tahun selepas kita memberikan hak kepada Qatar, pada masa itulah dunia terlena, termasuk orang dalam bola sepak dan wartawan.”

“Kita ada perasaan jelas tentang Qatar, dan cuba meletakkan tekanan pada FIFA dari segi politik.”

Baca yang lain

Ralf Ragnick Rasmi Tolak Bayern Munich

Ralf Rangnick secara rasminya menolak tawaran untuk menjadi pengurus Bayern Munich. Nama Poknik sebelum ini mulai dikaitkan dengan Bayern setelah kelab itu